Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 27, 2013

Cirah in the house

Assalamualaikum.

Sejak aku jadi babysitter cirah dari khamis lepas, memang banyak betul yang aku dapat discovery pasal cirah ni. Pada sape2 yang tak tau, cirah ni anak buah aku..anak along. Kakak aku kena pergi trip ke Taipei selama 6 hari. So sejak itu la aku kena jaga dia. Esok baru along balik Malaysia.

Halangan yang pertama aku hadapi haruslah si cirah ni jadi pihak ketiga antara aku dan en.asben. Penat ok tubggu nak dapat masa cuddle sama2 dengan en.asben. Cirah dia punya jeles tahap apa entahla. Pantang betul dia tengok en.asben duduk dekat aku, peluk2 aku, mesti dia menyelit kat tengah2 antara kami. Tak pun mesti dia nangis nak perhatian. Menyampah. Hahaha.. Memang selalu je dia nangis sebab bergaduh dengan pakngah dia. En.asben pulak selalu nak sakat cirah ni. Last2 aku yang jerit sebab rimas..hahaha

Cirah punya aktif pon semacam je. Dia ni jenis yang tak tido siang. Bila kita suruh dia tido, dia akan cakap "siang lagi la makngah..malam baru boleh tido". Aku dah pfffffttttt...budak bertuah betul la cirah ni..

Cirah suka tengok wayang. Ni hasil mak dia la yang ngajo ni..hahaha..so sepanjang cirah duduk dengan aku, dah 2 movie dah dia tengok. Hari sabtu lepas tengok fast and furious bertiga cirah, makngah, pakngah. Tadi pulak kami g alamanda tengok cerita epic berdua je dengan makngah. Boleh la pulak tengah2 tengok movie tadi, cirah merengek nak balik. Hai budak ni..kata nak tengok wayang sangat kan..sudahnya aku sumbat susu bagi dia senyap..bukan susu aku tau..aku dah bekal siap2 susu cirah dari rumah..haha..drama queen sungguh cirah ni..

Bila dah habis tengok wayang, kami pun balik la ke rumah..masa aku nak bayar parking tiket kat mesin tu kan, cirah ada tengok pompuan cina pakai baju sleeveless..terus dia cakap "makngah, seksinya dia".. Pffffttttt...budak2 memang sangat jujur kan..time keluar dari parking tu, kat alamanda kan pusing2 kan tingakat dia..tiba2 aku terkagum kejap cirah boleh cakap "hebatnya makngah pusing2.." Krik...krik...speechless kejap aku bila dengar dia cakap "hebat".. Hoi, budak umur baru nak masuk 3 tahun dah tau apa tu hebat?? Dahsyat betul cirah ni..

Hai...cirah..cirah..petang sat lagi pukul 5.30 dah janji nak g taman kat depan umah..sebab tu kot dia tak tido2 dari tadi..haha..bagus jugak dia tak tido siang ni. So aku akan tidokan dia awal malam ni. Boleh la aku ada masa nak cuddle2 dengan pakngah dia sambil tengok tv malam ni.. ;P




No comments: