Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 17, 2011

Oh abg kacak

Kacak!!!

Adalah sangat subjektif untuk aku definisikan kacak. Ada sesetengah orang cakap lelaki itu kacak bila berpewatakan macho. Ada jugak yang cakap lelaki itu kacak bila rambutnya gaya spiky. Ada pula yang cakap lelaki itu akan kacak apabila beliau adalah seorang yang berkulit sawo matang, tak gelap tapi bukan putih.

Aku..?? Terus terbayang Fahrin Ahmad bila sebut kacak ni. Hehe. Dengan badan ketul2..Muka ada market. Gila ke apa kalau orang cakap beliau tak kacak. Ataupun orang yang cakap beliau tak kacak tu sebenarnya jeles. Kan.. Sebab ko tak kacak macam Fahrin Ahmad.. :P

Tapi itu semua pandangan dari perspektif masing2. Aku tak cakap pun korang salah bila cakap Fahrin Ahmad tak kacak. Bukan aku kesah pon. Lantak dia la nak kacak ke, nak badan ketul2 ke kan. Bagi aku, pandangan mata hanya menipu kita. Sebab kadang2 bila kita tengok orang kacak, mesti baik dia ni. Tapi bila kenal betul2, perangai kalah setan.

Bagi pandangan aku, kacak ni mesti kena dengan semuanya. Baru la betul2 kacak luar dan dalam. Penampilan kena kemas. Perangai mesti tiptop. Hormat mak ayah. Hormat perempuan. Ada didikan agama. Baru lah kacak beb.

Pada pandangan mata aku yang bulat lagi galak ni..*wek..muntap jap* en.tunang adalah seorang yang kacak. Muntah darah la dia lepas ni kalau tau aku cakap dia kacak. Hahaha.. Dia hairan macam mana aku boleh cakap dia kacak. Aku sorang je pulak tu. Nampak sangat la tunang dia ni tak berapa nak betul. Hahaha. Tapi memang itu hakikatnya. Mata aku nampak dia kacak luar dan dalam. Ehem..

Aku terpikat dengan dia pun bukan sebab muka dia kacak ke apa. Tapi ada beberapa ciri yang buat aku cakap yes to his proposal. *blushing* Kalau nak ikutkan, mula2 aku tengok dia secara depan2 adalah sangat berbeza dengan dalam gambar. Dia hantar gambar tipu ke. Oh, tidak!! Dan bila kawan dengan dia, aku rasa something. Macam dah jumpa sesuatu yang aku cari selama ini. Allah temukan aku dengan orang yang salah dulu sebelum aku jumpa en.tunang. Setahun aku tunggu en.tunang muncul. Hehe. Bila dah jumpa en.tunang, terus aku rasa he's the one.

Kepada en.tunang yang kacak. Terima kasih sebab sudi sayang kita. Kita suka cakap awk kacak walaupun awk gelak guling2 bila dengar kita cakap awk kacak. Whathefish nak guling2? Suka ati la nak cakap apa pun..Hahaha...

Ok. Sekian.

2 comments:

fiza_sensei said...

haha. agak pelik di situ ye sbb org len ckp dia comel. tu sbb ko sorg jadi tunang dia :)

ctZue said...

hee..pelik gak aku. :P