Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 23, 2011

Jalan Tepi Pantai

Hari Jumaat lepas En.tunang datang. Tak sangka la pulak. Ni mesti dia terharu tengok aku meroyan sorang2..hehe..So, kami pergi Kuantan. Kat Kemaman tak best pun nak mendating2 ni. Kang tak pasal2 pulak terserempak dengan student aku. :P

Sempat lagi aku singgah Pantai Balok. Dah lama tak balik kampung sendiri. Sebenarnyaabah punya emak adalah orang Balok. Tapi sejak dia dah jarang2 duduk Balok, asyik duduk dengan anak dia jer kat KL, so kami memang jarang2 sangat balik Balok.

Bila datang pantai Balok ni, aku teringat kenangan zaman kecik2. Dulu time cuti sekolah aku suka g rumah nenek aku kat Balok ni. bila petang aku bawak adik aku jalan2 kat pantai. Nenek aku dah pesan jangan g pantai. Takut kami lemas main air sebab kat pantai ni memang dah ramai yang mati lemas. So satu petang tu aku bawak adik aku 2 orang g pantai senyap2. Adik aku punya la excited. Mula2 main air kat kaki je. Last2 dah guling2 dalam air. Aku pon join sekaki la. Haha. Tak guna punya kakak. Habis basah baju. Balik rumah, abes kau kena bantai dengan nenek aku. Benci!!

Eh, melalut lak. Tujuan aku sebenarnya adalah nak tayang gambar. Hee..Dah kata bercanda di tepian pantai kan..kan.. :P

Sandal buruk untuk dijual.


Terkakang kaki aku. Haha.







Ni gambar kat Monica Bay kat Kemaman je. Canggih tak nama? Padahal nama melayu adalah Pantai Teluk Mak Nik. Poyor je MPK nak letak omputeh2 pulak.



2 comments:

fiza_sensei said...

ni queen control ke hape ni? slipar pink kat atas. hahahaha :P

ctZue said...

Nampak sgt ke?? hahahaha..