Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 19, 2011

Best Friends Ever

Sejak aku pandai berkawan, aku suka ada BFF. Bak kata Paris Hilton, best friend forever. Aku ingat lagi masa aku darjah 1, aku sekolah kat KL, sebab aku duduk kat area Taman Permata. So bila abah cakap kami kena pindah balik Kemaman, aku sedih gila. Sebabnya kena berpisah dengan kawan rapat aku, Siti Nur Sarah. Ya, aku masih ingat lagi namanya. Lepas pindah tu, terus lost contact. Masa tu mana nak reti lagi nak tukar2 nombor telefon bagai kan.

Lepas tu, naik sekolah menengah, aku pun ada kawan baik. Maksud aku kawan2 baik. Sebab kami ada 10 orang semua. Aku, Jah, Ina, Nini, Zue, Jue, Wade', Meknor, MekQin dan Natalie. Kami rapat sebab tinggal hostel. Tapi sejak Meknor dan Mekqin keluar asrama, jadi outsider, kami tinggal la berlapan. Kat sekolah kami still rapat dengan Meknor dan Mekqin. Makan sama, outing sama, wat gila2 kat hostel pun sama2. Kelakar je bila ingat balik aku masuk asrama lelaki time solat jumaat. Saje je nak tau bilik budak lelaki ada apa. Gatal!

Pastu aku ingat lagi kami selalu bawak barang haram seludup masuk hostel. Maksud aku barang haram tu adalah seperti radio, seluar jeans, baju kecik2, dan sebagainya. Bila member aku pengawas asrama inform yang ustazah nak buat spotcheck kat dorm time Prep, ribut kami2 ni munyusup masuk hostel utk selamatkan barangan kami. Pastu haa..amek kau. Ustazah perasan dan kejar kami. Apa lagi kami pun bukak langkah seribu. Haha.. Bodoh gila bila ingat balik.

Ok, cukup kenangan zaman sekolah dulu. Nanti aku cerita lain. Sekarang ni aku nak cerita BFF waktu study dulu. Masa aku matrik Asasi kat UM dulu, majoriti budak2 sekolah aku, especially perempuan, dapat masuk Asasi secara berjemaah. So kami dah ada kawan dan takdela macam sorang2 sangat. Sebab busuk2 pun ko kenal budak sekolah, even masa kat sekolah dulu ko xpernah pun kawan dengan dia.

Lepas tu aku start kawan dengan sorang ni. Kami sama2 sekelas. Nama dia Ubaidah. Tapi kami panggil Bedd. Start Asasi, memang aku macam belangkas dengan dia ni. Ke hulu, ke hilir dengan dia. Sampaikan kawan sekolah aku dah naik menyampah kot tengok aku rapat sangat dengan dia. nak buat macam mana. Dia yang suka aku. Haha. Bongok la ko ni Zue. Eh, jap. Time matrik dulu orang panggil aku Zack. Cewahh. Nama tak nak kalah. Start dari situ la mana2 budak Asasi yang kenal aku, akan panggil Zack sampai sekarang. Terbawak2 sampai masa degree. Sebab aku buat degree kat UM gak. Mostly dikelilingi member yang sama masa Asasi. Aku dan Bedd dapat course yang sama masa masuk degree. Aku dapat pilihan ketiga tau. 1st choice aku nak masuk UTM. Sob..sob..Kalau tak, mesti aku dah kenal en.tunang kan.Hehe.

Ni lah Puan Ubaidah. Dia dah kawen dah sekarang. Kami pon tak sangka yang dia kawen dulu dari aku. Aku bajet aku yang 1st akan kawen dari kawan2 aku. Haha. Gambar ni time kami g dinner kolej, 3rd year kot.

Ko tengok la. Aku berkepit dengan Bedd ni. Ni time Asasi. Dalam dewan kuliah. Hari jumaat. Sebab tu ko tengok budak laki tu pakai baju melayu bagai. Macam nak g nikah dah aku tengok sebab siap pakai kain sampin. Memang begitu la budak2 laki time kami ni. Asal hari jumaat je, pakai baju Melayu. Mana yang muka tak berapa market, bila pakai baju melayu jer, terus aku rasa cam " Hensem lah budak tu" Haha.

Ni pulak masa 1st year. Muka suci siot masa ni. Dan aku kurus!! Perut masa ni sangat flat ok. Sila abaikan gangguan yang ada pada gambar tu. Bila masa la kena air aku pon tak pasti. Huh!


Ni aku rasa2 2nd year kot. Atau pun awal2 3rd year kot. Aku pon dah lupa la. Saja je aku tayang gambar aku kurus banyak2 sket. Hee..Masa ni aku dah berjinak2 dengan rempit-U. Hehe. Bajet minah rempit. :P Time ni aku start rapat dengan kosmet aku yang pakai baju cokelat tuh yang tengah menonggek sket tu. Dia ada skuter, EGO. Kaler biru. Siap namakan REMY lagi. Haha. tak boleh blah betul la. Dan beliau juga adalah seorang Palapes, Navy. sebab tu badan dia tegap je. Tak macam kami yang lembik ni. Haha. Serius aku tengok gagah betul la budak ni. Eh, lupa nak bagitau. Nama beliau adalah Noraini. Tapi kami panggil Pett sebab mata dia sepet.

Cuba ko tengok gaya nya yang gagah perkasa tu. Bila jalan dengan dia, aku rasa selamat gila. Sebab dia akan jaga aku. Hehe. Time ni kemana2 pun dengan Pett. Nak2 lagi bila kami duduk kolej yang sama. Aku rasa macam dah jadi awek dia jer. Haha. Geli tak? Mak bapak dia pun aku kenal, dah anggap cam mak bapak sendiri je. Sebab aku selalu ikut dia balik seremban. Time tu memang rasa tak malu. Family dia pon terima aku macam adik dorang jugak. Sampaikan kakak Pett, KakLang kawen aku sanggup turun dari Terengganu tu. Sanggup naik bas, pastu siap jadi pengapit KakLang.Haha. Glemer kejap. sampaikan ada pengkid nak berkenalan. Siap usha2 aku. Whathefish?? Sori la. Aku masih minat pada lelaki. :P

Tengok. Sempat lagi kami dating kat taman tasik kat tepi A&W tu kat seremban. Punya la romantik kan. Kalau tak silap aku masa ni aku teman dia balik seremban naik REMY. Gila lah. Aku pon tak caya kami seberani itu. Berhenti jap kat RnR Nilai, aku dah tak dapat rasa dah bontot aku. Kebas siot. Dengan kaki pon rasa vibrate je.

Tengok. macam mana la aku tak cakap gagah minah ni. Gaya tu dah menunjukkan kegagahan dan kerempitan ko ye. Haha. Ampun Pett..

Dan ini bergambar kenangan dengan kosmet chinese kami. Dorang memang baik. Baju merah tu nama Woei Lin. Baju maroon tu nama Hooi Ling, dah kawen dah dan nak beranak dah. Sebelah Pett tu nama Ai Lean.

6 comments:

fiza_sensei said...

terserlah ke'skemaa'an dan kekurusan hg dolu2. hehe.

ctZue said...

ye..aku sgt bangga sbb aku kurus time nih..haha..err..skema sgt ke? :P

fiza_sensei said...

skemaaaaa. hahaha.

Mrs.Khairi said...

hahaha...xblh blah gambo yg 1st kte dua...cne blh rancang pkai style sme eyh?ooo aku la ske kt ko yer....citt porah...hahaha...tp crius...aku skrg lg sgt demok yer dr ini...huaaaaa....nk kulus semuler....huaaaa.....

ctZue said...

Haha..cam kembor siam je aku tgk baju kita..
Disebabkan ko bedd,aku trpaksa curang dari jah..haha..
Jom..kurus..aku saje je letak gambo ko time kurus..kasi bakar sket..haha :p

Mrs.Khairi said...

nie bkn nyer tym asasi dinner nie.....tpu...bkn kerna aku ko curang...ngahahaha......kurus eyh...hubby jauh....bole kot nk kasik turun sikit....huhuhu~