Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 3, 2011

Paksa Rela


Sedey tau..
Aku telah dipaksa makan oleh mak aku..
Huhuhuhu..
Mak aku saje je ajak tanya aku banyak2 kali "nak makan ke tak?"
Sampaikan siap jenguk dalam bilik lagi..
Aku tahan jer nafsu..sebab perut memang ketat lagi..gara2 ada lagi baki2 makanan tghari yang tak hadam2 lagi..
Lagipun aku rasa super duper banyak kot makan arini..

Breakfast pukul 10 tadi: Nasi lemak + roti kosong + teh tarik

Aku ingat dah tak nak makan la tghari..sebab dah amek heavy breakfast..
Tapi hampeh jer..Kawan aku lak dia nak belanja kawan2 makan tghari..
Dia tengah banyak duit sangat la tu kot..sampai tak tau duit nak buat apa..baik sedekah kat membe2,belanja makan..hehehe..

So, makanan tengahari aku: Nasi kukus + ayam goreng rempah + limau ais

Disebabkan makan tak ingat dunia waktu siang, so aku berazam la dengan bersungguh2 bahawa malam ni aku dah tak nak sentuh makanan lagi..
Walaupun aku bau macam sedap je ma masak kat dapur tu..tapi tetap tak nak makan..

Ko tengok la..macam mana aku tak tergoda..tengok je dah telan2 air liur..ni kan pulak rasanya..tak boleh tahan beb!!


Tapi last2 aku jamah la sikit nasi,amek ayam seketul..takut ma kecewa sebab aku tak makan dia penat2 masak..
Sekali amek kau..Dari aku amek sikit jer nasi..Pastu aku tambah sikit lagi..
Sekali aku rasa cam " Eh..cepat benor nasi dalam pinggan ni lesap.." Pastu aku tambah lagi..
Sampaikan tetiba aku terkejut..sebab mak aku tepuk peha aku..sambil kata..
" Sikit nya makan..!! "

Tengok..Ma la ni yang paksa angah makan..kan dah susah nak berenti...
Uwaaaa.... T__T






Jangan kurang ajar ye di pagi hari

Tengok tajuk pon dah tau..
Aku memang bengang pagi tadi.
Bengang kat pakcik drebar treler panjang.
Semua kenderaan pon beratur sebab jalan dari 2 lane, nak jadi 1 lane..
Tetiba2 boleh pulak dia potong queue tanpa beri salam kat aku..
Memang s*** betul la. Dah la besar, kenderaan panjang lak tu..
Orang lain pon nak cepat gak..tapi jangan la terlalu kurang ajar sgt pakcik oii!!!

Kepada pemandu treler panjang CBU 8986, cuba lah jadi seorang yang bertimbang rasa sikit..Hidup ni jangan nak menyusahkan org lain sgt..

~~~~~

Lega aku dah lepas marah..hehehe..

January 2, 2011

Pakcik TAQWA


Ini adalah entry pertama untuk tahun 2011.
Semalam aku malas nak update. Lagipun semalam tak kemana sangat.
Setakat duk umah, mandi pun dah pukul berapa sebab sejuk gila hari ujan.
Pastu teman ma g beli barang kat pasaraya. Xdela rare sangat.

Hari ni aktiviti aku cam faedah sket la. Berfaedah untuk kereta aku, my baby black aku tu..Sebabnya aku g servis dia pagi tadi..

Macam biasa g kedai Uncle. Tapi sayangnya uncle tak datang bengkel la hari ni.
So, anak dia jer yang melayan aku, eh..melayan kereta aku..hehe..
Biasa kalau uncle ada, mesti dia banyak borak2 dgn aku. Tanya macam2..Soalan feberet dia,"sudaa kawen aaa??" Dan kalau dgn uncle ni, mesti aku leh ekjas harga murah sket berbanding dgn anak dia..bagi senyuman manis bak gula sket..tapi langkah tak berapa nak kanan la hari ni..choii..

Oh, lupa nak bgtau..Uncle ada 2 org anak..Leng Chai ok!! hehe..Tapi aku tak tau nama mereka..malu la nak tanya..kang leng chai itu ingat aku nak ngorat dorg pulak..hehe

Aku suruh anak uncle ni tukar minyak enjin, tukar minyak gear, buat balancing dan alignment tayar sekali..
Tapi, setelah dia melihat condition tayar beby aku tu, terus dia suh tukar tayar..Semua sekali!!!
Perghh..!!You memang terbaek la!!

Memang aku dah rasa tayar aku tu menipis dah..Patut la time g kerja last week, aku rasa cam Licin jer time break mengejut tu..Dahla hari hujan..Nasib la masih boleh mengawal keadaan kereta lagi time tu..Scary aku..

Dan setelah mengambil kira soal keselamatan, aku setuju jela tukar 4-4 tayar.. T__T nangis aku pikir balik..Rabak poket gua..Terus pangkah laju2 gamba2 baju untuk shopping yang terlintas dalam kepala aku.. T__T

Lama gak tunggu dorg siapkan kereta aku tu..Dalam aku duk sorg2 tu kan, ada la sorng pakcik ni dtg tegur aku..Pakcik ni dtg nak servis kereta dia gak..

Dia tanya "dah lama ke tunggu..??"
aku jawab "ada lah dalam sejam dah.."
Pastu dia duk tanya lagi..kerja mana..??
Aku jawab la "Tati.."
Pastu dia tanya lagi.."Dah kawen ke belum..??"
Aku dalam hati..ko agak2 la nak tnya pakcik oii..Tapi aku jawab gak.."Belum lagi.."
Pastu boleh pulak dia balas balik jawapan aku td..dia cakap.."memilih sangat kot..Umur berapa..??"
Terus aku jawab.."Wah..ni polis ke ape..??"
Aku rasa cam eh..mangkuk jugak ye pakcik ni..nak je aku tanya dia.."Pakcik nak buat saya jadi bini no2 ke..??" Tapi kang dituduh mak tak ajar la pulak..jadi kurang ajar kat org tua..

Pastu dia duk cakap la..kalau nak cari lelaki ni..cari la yang ada TAQWA..
Biar hidup sederhana..Tapi asalkan TAQWA..Sebab Taqwa itu penting dalam hidup..Tengok anak2 zaman sekarang, kalo org yang takde TAQWA, kawen tak kekal..
Seriously, berapa banyak TAQWA daa yang dia sebut tadi..aku iye kan aje la..
Terima kasih pakcik..atas nasihat pakcik pasal TAQWA tu.. =__=
Memang sgt sarcastic la pakcik tu..

Pastu dia duk tanya lagi aku ni diploma ke degree..dan siap tanya gaji kat sana berapa...see...betapa kepochi kan ini pakcik...
dari dia berdiri depan aku..terus dia tarik kerusi duduk sebelah..hoii..dah la asap rokok tu kena muka aku..memang hangin la aku..harap pakai kopiah jer la pakcik ni..tapi manners dia agak kurang..

Lupakan jer la cerita pasal pakcik ni..Spoil jer kan..

Ketika my black beby ditukar minyak gear kot..


Ni pulak tengah wat alignment kot..

Nampak tak kemek kat pintu belakang tu..huhu..
Tu gara2 manusia yg tak reti bawak kereta la tu yg duk langgar pipi beby aku..huhuhu


Ni pulak dia wat balancing kot..dia kasik pusing tayar laju giler speed dia..tu sbb nak tgk steering gegar tak bila bwk laju..


See..Tayar baru aku yang berkilat2.. :P


Wajah TAQWA aku...hahaha

Pakcik..tgk la muka saya yang bercahaya ni pakcik..kan dah TAQWA muka saya sebab dah dengar ceramah TAQWA pakcik..hahaha..