Sedih mengenangkan kereta aku masih lagi di bengkel. Tak tau dah siap operate ke belum. Nak gerak ke mana mana pun dah patah kaki. huhuhu.
Tapi dah dua hari jugak aku jadi macam mem besar je. Nak g kerja, siap ada orang datang jemput depan rumah, balik kerja hantar depan rumah. kikikiki. Nasib baik lah ada budak opis aku yang duduk 1 taman dengan rumah mak. Boleh la nak tumpang dia g kerja.
Bila dah tumpang kawan ni, timing kuar umah pun kena ikut dia la.. Macam semalam kalo ikutkan dia nak kuar umah pukul 8, tapi sebab aku ada kelas pagi kul 8.30, terpaksa dia kuar awal sikit. hehe. Dan hari ni aku ikut time dia, kuar kul 8.
Harap2 kereta aku tu dapat la siap hari atau esok. Aku dah rindu sangat kat WSL ni. Kang khamis nak balik kedah lagi.
July 31, 2012
July 30, 2012
Berdua sudah..bertiga...??
Dulu aku dapat medical card company satu je...
Sekarang dah berdua...
Agak2 bila nak jadi tiga card eh..hehe
Akan tetapi, Prudential BSN Medical Card tetap di hati.. =)
dah namanya kakak sendiri jadi agent, kompem kena dihati jugak..hehehe
July 25, 2012
Bismillahirahmanirahim
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu
waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)