Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

March 11, 2013

Aktiviti weekend

Assalamualaikum.

Aku sekarang mood nak menulis adalah kelaut. Entah mengapa. Mungkin disebabkan hormon yang tidak stabil mungkin.

Nak cerita pasal dua minggu lepas aku dan en.asben telah menawan canopy walk di FRIM sana. hehehe. Bukit tinggi takat malu2 je tu pun aku dah rasa macam mintak nyawa, ada hati lagi nak guna ayat menawan. Macam la menawan gunung kinabalu baru boleh up sket. heheh

For the 1st time after so loooong not having any activities like this, i felt so tired like breathless bila nak sampai atas tu. Even masa tengah mendaki bukit tu yg masih mendatar tu, aku dah tak cakap dengan en.asben. Dia kemain lagi nak cakap itu ini.Tapi aku dah sound en.asben suh jangan cakap dengan aku sebab aku nak kawal pernafasan supaya tak semput. hahaha. Poyo abes. Kan memang macam tu kan. Bila kita panjat tangga ke, panjat bukit ke, bila kita wat semua tu sambil cakap2, maka memang akan tak cukup napas la kita jadinya. :P

Dan sampai tak leh nak kira dengan jari la banyak mana aku berenti untuk sampai ke stesen kanopi walk tu. Tapi bila dah sampai, rasa macam fuhh..!! Aku boleh!! hehehe.

Dan tak semena2 kaki pun dah ketar2 nak lalu canopy tu..takut gayat.. Nak2 bila kita pijak dia bunyi macam tali tu nak putus je. Haru betul. hahaha.. Lalu aku meneruskan langkah dengan laju2..haha..


Nampak tak perbezaan tahap keceriaan muka aku sebelum dan selepas mendaki? Gamba sebelah kiri adalah muka sebelum naik atas. Gamba sebelah kanan adalah muka kepenatan setelah mendaki penuh hemah. :P
 

  

 Harap maklum. Gamba yang banyak dalam hp aku adalah gamba en.asben. Somari kita popularkan laki sendiri ye..mihmihmih..


Indahnya ciptaan Allah. Subhanallah!!

Aku dah jatuh cinta pulak nak beraktiviti outdoor macam ni. Mungkin akan dijadikan sebagai aktiviti mingguan or bulanan kami. Akhir entry, tatap la aksi2 poyo dari kami suami isteri bercanda ria di atas pokok bagaikan gaya sang monkey..hikhik..




No comments: