Sejak 2 menjak ni, mood nak menulis dah hilang ke mana. Tiap kali nak menulis, mesti ada benda yang menghalang. Pulak tu diri menjadi sangat sibuk baru2 ni. Banyak perkara2 yang memorable berlaku, tapi tak sempat nak simpan di buku maya ni untuk kenang kenangan.
Ke faktor usia dah meningkat..?
Tak mengapa. Sedangkan pantai lagi berubah kan. Inikan pulak hobi menulis. Memang on off tak tentu masa ikut kesempatan yang ada. Alangkah bestnya kalau ada galaxy s3..eh..tetiba pulak kan..hehe
Aku ingatkan bulan 1 tahun depan dah dapat nak tinggal bersama2 dengan en.asben, nak jadi suami isteri fulltime, tapi harapan tinggal harapan.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Demi tugas, terpaksa la aku bertahan sampai pertengahan tahun hadapan. Terpaksa la aku menghabiskan semester 2 2012/2013 di TATIUC lagi.
Aku tau en.asben sangat kecewa mendengar berita ini. Aku tau, en.asben sangat la penat dengan keadaan kerja yang tidak menentu. Weekend pun terbang. Weekend jugak standby. So, waktu untuk aku...? :(
Situasi ini amat terasa sesak dan penat sejak kebelakangan ini. Maaf sayang. Ayg terpaksa tunggu hingga semester 2 ni berakhir.. Tapi kan.tapi kan...kalau sayang boleh tolong bayarkan hutang2 ayg, ayg ok je. Esok jugak ayg tender resign..hehehe..
Oh, lupa nak wish..happy birthday adikku Zarizi!
December 2, 2012
November 22, 2012
Ya Allah..Selamatkanlah Palestin
Menitiskan air mata aku bila tengok video serangan yahudi ke atas bumi palestin..
Nak nak lagi bila tengok budak2 yang kena bom.. T__T..
Darah sana sini..
Dengar teriakan kanak2..
Dengar tangisan kanak2 tidak berdosa itu..
Cukup menyayat hati.. T__T
Semoga Allah memberi kemenangan kepada para pejuang Palestin..
Amin...
Nak nak lagi bila tengok budak2 yang kena bom.. T__T..
Darah sana sini..
Dengar teriakan kanak2..
Dengar tangisan kanak2 tidak berdosa itu..
Cukup menyayat hati.. T__T
Semoga Allah memberi kemenangan kepada para pejuang Palestin..
Amin...
November 21, 2012
Bahagiakah perkahwinan atas nama cinta??
Kisah ni aku dapat dari seorang kawan..harap boleh jadi pedoman..
Nak dijadikan cerita, ada seorang pemuda bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.
Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah puteri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga jugak dari keturunan diraja.
Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah keduanya tamat belajar, pernikahan keduanyapun diadakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan.
Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.
Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?
Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum
akhirnya pengsan tak sedarkan diri.
Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.
Aduh !!
Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum.
Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".
Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.
Jangan serius sangat baca ni...
Besar tu....Hahahahaha...
Aku dapat email ni dah bertahun lama dah..bila bukak balik email2 lama, rasa macam bodoh je email ni..mesti orang yang tukang karang cerita ni dah bosan tahap gaban sampai nak buat cerita penglipurlara ni...hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)



