Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Esok raya!!

Seronok tak esok raya..?? Aku rasa macam biasa je. Sebab lagi excited + pening + lebam sebab nak sambut kenduri kawen..huhuhu. Tapi terasa la jugak sikit2 mood raya tu tadi. Bila aku g beli lemang punya la beratur tunggu lama gila baru dapat lemang. Tujuan asal nak beli 10 hengget je..Tapi bila dah tunggu lama sangat, terus up jadi 20 hengget. Hehehe.

Gara2 nak beli lemang, sampai aku pesan kat adik aku je suruh teman mak g pasar. Biasanya aku ni jadi assistant dia kalo g pasar. Ni semua sebab nak makan lemang sedap la ni. Sudahnya mak aku kol aku jugak tanya nak beli ayam berapa ekor. Nak beli daging berapa kilo.. Hehe.. Tetiba terasa macam orang penting kan. :P

Jauh di dasar hati, raya tahun ni rasa sayu sebab tak dapat beraya bersama2 en.asben. :( Kami terpaksa raya asing2 dulu tahun ni. Kalo aku nak suruh en.asben beraya sekali kat kemaman, macam kesian kat en.asben sebab ulang alik banyak kali. Sebabnya 5hb dia dah kena kerja. So dah tentu pulang ke ipoh kan. Lepas tu datang lagi time kenduri. Eh..kesian sangat kat en.asben. Tak sanggup rasa nya nak buat dia ke hulu ke hilir macam tu. So, amek keputusan raya asing2 saja. Walaupun dalam hati sedih tak dapat nak salam + cium tangan suami di pagi raya. Aku redha. Tapi kan aku dah salam raya in advance dah. Hehe. Time aku g ipoh nak sambut beday en.asben last 2 weeks, aku dah siap2 salam mintak maaf. Hehehe. Awal tak.

Emm..ok lah.. Selamat hari raya kawan2..

August 23, 2011

Puasa ke-23 2011

Selamat berpuasa semua.
Pejam celik pejam celik, sekejap je rasa bulan puasa ni. Dah nak raya dah. Kenapa la mood nak raya tak datang2 lagi ni. Memang takde hati langsung nak berhari raya kot. Sebab mood nak kenduri lebih besar mengatasi mood raya. Huhuhu. Aku baru tersedar yang barang2 nak kenduri pon masih banyak yang belum settle. Cuak weh.

Yang tu tak tempah lagi. Yang ni tak cari lagi. Yang tu tak g beli lagi. Adoyai...

Takde mood la nak buat selagi kakak n adik aku tak balik rumah lagi. Nak2 kakak aku. Dia la tonggak aku buat semua ni.

Takpela. Tolak tepi dulu la. Nak layan cerita jap.
Selamat berbuka kawan2. =)

August 8, 2011

Special Entry for Naya dear.. =)

Hai naya...sorry la lama kan aku tak update pape pasal aku kat sini..mesti ko rindu aku kan..muahahaha..perasaan sorang2 tak ingat betul la..

Meh aku tepek gamba masa nikah aku aritu..tapi ni yang aku amek dari kawan aku je..dari photog nikah tu dia xbagi lagi.. Tak ramai pun kawan2 aku datang..just budak opis aku je.. Sebenarnya naya ko tau tak, ana dia kol aku cakap tak jadi datang nikah aku..aku dah macam WHATT?? ana mau datang ke...gila terharu aku..tapi sebab dia kena outstation ke Negeri 9 ari jumaat tu, tu yang tak jadi datang.. Sebab kalo ikut perancangan dia, dia memang nak balik Balok minggu aku nikah tu..huuuu..terharu aku ana.. :)

Gambar sekitar malam aku nikah.. :)

Muka berdebar en.hubby saat khutbah dibaca..mesti dia tak dengar dah masa ni kan..sebab duk tunggu bila nak akad ni..muahahaha.. love u sayang :P


Mengintai di sebalik kamar :)


Aku ralat sikit masa ni..Ingat nak duk luar kat tengah2 time nak nikah tu..tapi budak2 ni lambat sangat naik..dorang g makan dulu..so takde sape nak teman aku..Nerves ok sorang2 kat tengah sana..Sebab tu aku lepak dalam bilik je..Elok nak start khutbah, dorang pun naik..Gasak la duk dalam bilik pun.. :P


Muka berdebar + gembira saat sebelum bergelar isteri :)


Saat ijab & kabul


Alhamdulillah :)


Muka syukur..


Baru selesai baca taklik..


Aku tengok apa ntah.. hahaha


Selesai sign surat nikah. Yeay!!


Newly weds :)


Cincin disarung.


Saya dapat rantai tangan.


Salam pertama selepas bergelar suami isteri. Yang sebelum ni tak kira eh..hahaha


Sweet tak :P


Ma + Abah


Mak + Abah


BFF. Thanks guys.


Khalil & Pipi


Opismate aku yang merakam semua gambar2 ni, Siraji.




Entah borak apa la tu.


Kawan en.hubby..Tak sangka korang datang Apit & Ann


Ni pun geng2 maritim en.hubby..ramai jugak kawan2 en.hubby yang datang.


Posing bersama opismate sebelum mereka balik..Lama jugak la mereka stay. Tunggu aku tukar2 baju lagi..Hikhik

Last sekali gambar dikir barat. Semangat tak pakcik aku tempah dikir barat bagai. Memang dah macam kenduri besar dah. Ni yang aku rasa macam malas dah nak kenduri besar ni.Hehehe