Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

March 8, 2011

Phewwww!!~~

Lega gila rasa bila dah submit 1st draft soklan final exam. Aku macam nak mati je penat otak semalam. Mana tak penat, buat dah berhari2, kalo buat soalan je takpe gak. Ni kena ada siap skema bagai kan. Yela. Kalo tak macam mana org atas nak endorse. Tambah pulak subjek yang aku mengajar ni subjek baru. So memang takde la bank2 soalan past year.

Harap2 1st draft ni xde masalah sgt, dan akan diterima terus. Aku malas dah la nak buat soalan lain dah. Penat. Penat nak pikir jawapan kepada soalan2 tu. Dan nak tentukan tahap kesusahan soklan2 tu. Takkan nak bagi soklan senang macam kacang kan..Penat jela aku ajar pung pang pung pang kalo bagi soalan budak kecik pun leh jawab. Aku dulu lecturer bagi soklan susah2, itu memang standard ah. Kalo tak, tak kan aku repeat paper kan..Hahahaha..

But to all my dear students, please don’t worry too much. Soklan saya memang saya gerenti awak semua boleh buat dan score paper saya. Fuh.. Amin..

March 7, 2011

Selamat hari jadi mommy!!


Hari ni 7hb Mac, genap lah usia mak aku 49 tahun.
Selamat ulangtahun kelahiran Ma..
Aku hadiahkan handbag je. Tapi hadiah birthday Ma dah dapat seminggu awal. Haha. Wajib la beli ketika duit tengah masyuk. Kang beli lambat2 kang takut tak jadi beli lak. :P

Petang semalam aku g amek kek yang dah di tempah pada Jumaat lepas. Ingatkan nak buat surprise pukul 12.01 tengah malam semalam, macam aku penah buat pada tahun sudah. Tapi terpaksa la cancel sebab aku ada kelas malam pukul 8. Nak letak mana kek kalau aku ambil time balik kerja kan. Mesti mak aku nampak gak kek dalam peti ais tu. Lepas tu aku ingat nak amek kek time balik kelas pukul 10 malam. Tapi kedai kek tu tutup pukul 10. Celah mana la aku nak wat drift balik kelas. Tak sempat nye nak sampai kedai sebelum kedai tutup. Last2 tak jadi buat surprise. Petang balik kerja aku terus g amek kek, balik umah, ma ada kat ruang tamu tengah tengok tv.

“Jom makan kek” , aku panggil adik2 aku. Hahaha. Langsung belasah kek terus petang semalam.

Disebabkan bday adik aku, Zaim dah lepas sebulan yang lalu, 7hb Feb, tapi aku tak beli kek, So semalam dia pon potong kek sama2 dengan Ma.









Mommy and Zaim


Innalillahi wa inna ilaihiraji'un



Pagi tadi, dalam pukul 6.30 pagi aku dapat mesej dari seorang kawan.
Beliau bagitau yang emak kepada kawan kami sudah pulang ke rahmatullah subuh tadi.

Sayu je rasa. Aku sedih bila bayangkan aku berada di tempat dia.
Semoga roh mak Mira ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.


Al-fatihah.