Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

April 11, 2011

Malam Pantun

Hari kejadian: 2 malam lepas
Masa kejadian: waktu malam selepas pukul 11.
Tempat kejadian: atas katil duk golek2 sambil online.

Tiba2 je dapat mesej dari en.tunang:

Cincinku emas bersepuh suasa,
Jadi rebutan insan terpilih,
Punyakah dinda sedikit masa,
Buat kanda sedetik lebih.

Aku dah macam *O* Ternganga!
Ni dapat pantun ni mesti kena balas dalam pantun jugak. Mati la aku. Dah la fail bab pantun2 ni. Huhuhu. Tambah pulak aku tengah chatting ngn member aku. Tak concentrate jap nak chat sebab bertungkus lumus fikir pantun balas.

........

........

........

Dah dapat idea.

Haaa...macam kelakar je pantun aku. Gelabah punya pasal sampai asyik taip delete taip delete je ayat yang sesuai. Hahaha. 10 minit berlalu. Tatkala aku berusaha menaip pantun balas, mesej kedua masuk pulak, berbunyi:

Mudik ke hulu naiki sampan,
Sampannya cantik nukilan biduan,
Mengapa sepi tanpa jawaban,
Adakah dinda dambakan rayuan.

Sepi tanpa jawaban..?? Memang la. Aku tengah bertungkus lumus perah otak ni nak jawab pantun dia, dia lagi nak bagi pantun lain. Masak2. Hahaha. Tapi takpe. Aku send je pantun yang aku karang tadi;

Bunga raya tersemat di dada,
Kumbang asyik tertoleh toleh,
Demi kanda pujaan dinda,
Jangankan sedetik, berjam pun boleh.

See. Very the kelakar. :P

En.tunang pandai tau pantun2 ni. Aku lak lembab tang ni. Memang seram je kalo dia buat nak pantun2. Kang tak balas pantun, sentap lak. Hihihihi.

Tapi semalam aku yang hantar pantun dulu ke en.tunang. Tengok dia diam je kenapa tak mesej2 aku malam tadi. Kata practise makes perfect kan.

Malam hari makan pengat,
Lepas makan tidor lena,
Hati di sini asyik teringat,
Rindu pada pujaan di sana.

En.tunang puji. Hehehe. Aku dah pandai dah sikit2 berpantun. Dan wajib lah en.tunang balas kan. Hihihi. Tapi kejap je dia amek masa nak balas. Mencik tau. Aku punya la lama nak fikir. Hehehe.

Pengat di masak bersama madu,
Madunya manis buat pencinta wanita,
Pedih hati menanggung rindu,
Pada dinda yang jauh di mata.

Hahaha. Dah tak kuasa dah aku nak bina membina pantun lagi. Mari kita bergayut la pulak kan. :P

April 10, 2011

Kota Bandung ~ Episode 2

Punya la panas hati tebakoo..aku upload gambo xmasuk2..penat mau tunggu dah dari tadi..so, gamba next entri je la ye..

Mari kita sambung cerita cuti cuti Bandung...


Second day, aku mulakan dengan big breakfast. Hee. Mau tak big, selagi boleh bedal, aku bedal. Boleh tahan la breakfast hotel ni sediakan. Tenaga kena banyak, nak jalan kembara shopping lagi ni kan tak abes lagi. Lepas breakfast, kami check out dari Carrcadin dan menuju ke Golden Flower Hotel. Sebenarnya Ayah E booking untuk stay kat Golden Flower je, tapi sebab time tu hotel penuh, dorang tempatkan 1st night kami ke Carrcadin. Actually hotel2 ni di bawah pengurusan yang sama, Kagum Hotel.

Bila dah sampai ke Golden Flower, kami tak boleh check in lagi sebab bilik tak siap lagi. Baru pukul 10 kan. So, kami tinggalkan barang2 kat situ, terus menuju ke King shopping complex. Kat dalam tu boleh tahan la barang2 dia. Murah2 jugak. Aim aku hari ni adalah untuk cari top up. Tanya budak kat mana nak cari top up. Eh, tak paham. Nak tambah kredit, alamak bukan la. Macam mana la aku nak terangkan aku nak beli top up. Last2 budak tu paham gak.

“ Ooo..pulsa ya..Neng jalan terus , hujung sana ada toko jual pulsa.”

Hahaha. Kredit tu adalah pulsa okeh. Jumpa kedai jual enset, cari top up. Pastu terus kol orang seberang. Hehehe. Rindu menggilak dengan en.tunang. Puas ati dapat cakap. Kejap pon jadi lah kan. Dah alang2 kat kedai jual enset, aku pun cas enset aku skali. Bateri dah low sangat2. Lepak la kejap kat kedai tu. Borak2 dengan orang kedai tu. Dapat belajar vocab baru. :P Kami tanya jarak antara King dengan apa ntah, tapi shopping mall gak la. Ingat2 nak pergi kan. Orang kedai tu jawab “ Lumayan..!!”

Lawak la cara dorang guna vocab lumayan tu. Kiranya jarak antara 2 tempat tu memang jauh jugak la. Lumayan! Hehehe. Tapi kan, apa yang aku perhatikan kat sini kan, dorang boleh jual pakaian dalam wanita, bra dan spentot sesuka hati je. Memang banyak la kedai jual mendalah tu. Heee. Kat dalam ni jugak ada stall nama Fruity yang jual air buah ice blended. Sedap la. Harga dia pun murah je, hanya 8000 rupiah saja. Memang lumayan la rasa dia. Sedap. Tambah2 lagi honey dew.

Bila dah bosan kat King, aku gerak ke Matahari shopping mall yang mana bertentangan bangunan dengan King. Kat sini rupanya tengah buat sale baju toddler. Sale 50% + 20% beb!! Ni wajib kerumun ni. Dalam kepala otak dah terbayang2 dah nak sambar baju mek cirah banyak2. Gila ah. 5 helai baju budak kecik tu aku sambar.Hehehe. Masak la bapak dia aku claim balik Malaysia. Dasar betul la makngah cirah ni. Kehkehkeh. Aku dah tak kesah dah Umi nak g mana. Dia duk pusing2 tengok dalam tu. Aku memang melekat kat bahagia baju depan tu. Auntie Na dan Ayah E pulak dah tak nampak ke mana la pasangan bahagia tu. Tetiba je aku dapat kol dari Auntie Na tanya aku kat mana. Hikhik. Bila aku cakap Matahari ada wat sale baju baby, pantas je mereka tiba ke lokasi. Hahahaha. Ayah E dah gerak ke tempat baju dah. Duk cari baju untuk anak dara dia. Lucu..lucu.. Aku abes borong baju mek cirah tub ape ratus ribu ntah. Lepas dah agak2 penat dah kaki, kami melepak dulu depan mall tu sementara menunggu Auntie Na siap borong. Kami ternampak la satu scene yang lucu tapi kesian gak. Hehehe. Ada satu beca lalu bawak penumpang perempuan. Jalan raya kat situ memang scary la. Motor2 sukati je mencelah2. Pakcik beca tadi macam mengelak la dari kenderaan yang maha padat sampaikan tak sedar sebelah roda beca dia dah naik atas devider. Tetiba je beca tu senget-sebelah-roda-pacak-atas. Motor yang follow dari belakang tak dan nak elak, terus langgar. Kesian lak budak perempuan tu. Kami dengar la dia jerit. Tapi still ada kat dalam tu. Aku tak dapat nak tahan la tengok situasi tu. Teruk tak. Maaf tau orang berkenaan. Saya tak sengaja nak gelakkan awk. Nasib baik dia tak apa2.

Aku rasa ngeri lak nak naik beca. Tapi apakan daya. Penat la dengan barang2 yang di borong lagi, nak jalan lagi. So terpaksa gak naik beca. Hahahaha. Masa nak naik beca tu aku dah macam “ boleh muat ke kita ni Umi?” Space kecik je. Bontot masing2 lak besaq2. Hahaha. Amek ko. Memang melekat la bila kami dah naik. Aku agak la kalo beca ni terbalik, kami memang tak dapat nak selamatkan diri. Kira redho jela terbalik kat situ. Hahhahaha. Sangkut beb. Pengalaman naik beca memang scary. Jalan kat situ banyak yang one-way. Pakcik beca tu jimatkan tenaga dia dengan melawan arus jalan raya sambil bunyi2 hon. Gila kan. Aku dah macam malu je terperuk kat dalam. Nasib jadi pelancong. Hahahaha. Lupa nak bagitau. Budaya kat sini adalah bawak kenderaan sambil bunyikan hon. Setiap bape saat hon mesti bunyi. Hoii..Kalo kat Malaysia, memang ko dah kena maki kaw2 bunyik hon2 gitu. Tpi bagi mereka, itu adalah macam nak bagitau dorang ada dekat2.

Malam pulak kami gerak ke factory outlet Cascade, Heritage, Stamp. Cascade dan Heritage bersebelahan. Manakala Stamp adalah bertentangan yang dua tadi. Tapi aku tak beli pape pon. Takde duit dah. Aku bawak 50,000 rupiah je untuk makan. Makan mana boleh lupa kan. :P Balik hotel, tengok2 balik apa yang dah borong hari ni. Pastu masa untuk tido. Yeah!! Eh, belom lagi. Wajib mesej2 dulu tau. Kalo tak tido tak lena nanti mimpi ngigau2 kesian lak kat Umi. Hahaha. Poyor betul kan. Malam itu, aku tido dengan lena sekali sampai pagi. Hehe.

Nota kaki: cerita ni dah lapuk, seminggu lepas punya cerita. Tapi baru ada mood nak update. Gasak la kan. :)

April 6, 2011

Kota Bandung ~ Episode 1


Last week, hari jumaat aku berangkat ke kota bandung. 1st time g jalan2 luar dari Malaysia. Agak teruja jugak dan ngeri sebab takut naik flight. Aku pernah la naik flight masa kecik2 dulu tapi mana la nak ingat dah perasaan tu kan. Sekali bila dia take off, cuak gak. Nasib masa g tu, aku duduk tengah2. Takde la rasa sangat. Tapi bila touch down kat Bandung Airport, Husein Sastranegara International Airport tu, raa cam nak putus brek angin aku ni. Hehe. mana tak ngeri, airport tu kecik saja. Kang tak pasal2 lak berlaku collision dengan terminal situ. Owh..mintak dijauhkan la menda2 macam tu.

Sampai kat sana, suhu 24 degree celcius. Walaupun matahari nampak terik, tapi tak panas sangat. Beza la dengan Malaysia. Tunggu supir datang fetch ke Hotel Carrcadin. Bilik dia, perghh..besar..macam boleh bawak satu famili. Tapi aku duduk berdua je dengan Umi. Makcik pakcik dia, Auntie Na dan Ayah E duduk bilik lain, sebelah2. Suasana romantika gitu. Terpaksa la aku beromantik2 dengan Umi. Oit..Oit..jangan pikir lain ok.. I'm straight girl.. Kehkeh..


Inilah Auntie Na dan Ayah E @ Datuk K..hikhik


UmiNa..

Departure. Mintak tolong akak sebelah amekkan gambar.


Ketibaan di Carrcadin Hotel. Macam janji je pakai biru semua.


Model nak g habiskan duit, tabur tabur gitu. Hahaha

Sampai hotel, solat. Pastu tanpa buang masa, kami terus memulakan kembara shopping kami. Hehe. Ayah E memang selalu datang sini atas urusan meeting. Almost every month company dia wat meeting kat sini, so dia memang dah expert dah tempat shopping sini. Kami mengikut aje. Bayangkan hari pertama je aku dah abes bape ratus ribu dah. Bare in mind, duit rupiah okeh. Hahaha. terasa macam orang yang kaya menbongkak je main ribu2 ni.

Mula2 masuk pasar baru. Sape2 yang pernah g pasar payang, keadaan pasar baru tu macam pasar payang. Cuma dia ada 8 tingkat, 2000 kedai. Ko bayangkan betapa banyaknya kedai yang perlu di jajahi. Memang kena gigih la. Tapi tak semua tingkat aku g. Sebab hari pertama tu macam nak kenal2 tempat je dulu. Kat pasar baru ni banyak jual kain batik, telekung, kain pasang memang sangat menggila banyak, kain lace, handbag, jeans, emm..apa lagi eh.. lupa dah..banyak sangat.




Lepas tu kami gerak ke Rumah Mode. Yang ni faveret aku. Kat sini baju branded memang murah la kalo nak banding harga kat tempat kita. Baju CK, Guess, Burberry, eh..banyak lagi lah..Aku pun menggila jugak kat sini sebab duk pilih t-shirt untuk adik2 jantan aku. Sampaikan aku lupa nak belikan untuk aku. Huhu. Rugi2..


Gambar atas ni kedai handbag branded. Coach, Guess, LV. Harga toksah cakap la. Dalam 4, 5 juta gak la...Biasanya kat factory outlet gini, org kebanyakkan memang tak g la. Biasanya orang2 kaya dari Jakarta akan turun sini hari jumaat utk shopping. Masa ni boleh nampak perbezaan taraf. Orang2 Jakarta sangat cun dan hensem. Memang beza la denagn orang kat sekitar Bandung ni.

Lepas tu kami gerak ke factory outlet kat sebelah Rumah Mode, nama ape ntah. Tak ingat. Tapi memang banyak la baju2 yang cun2. Tapi sebab aku penat nak mati dah. Masuk dalam tu cuma duduk je. Tak lalu dah nak pusing2.

Aku yang sudah kepenatan.



Setelah semua pun dah macam kehabisan tenaga, kami pun pulang ke hotel, mandi dan tidur. Sebelum balik hotel sempat lagi aku beli prepaid PATI. Balik hotel, tak sabar nak kontek en.tunang, tapi cover2 la sket kan depan orang. So aku kontek ibunda terchinta dulu. Cakap dalam tak sampai 5 minit, dah muahh muaahh semua, terus letak. Terus dail laju2 nombor en.tunang. Tapi hampa betul la. Kredit dah abes. Huhuhu. Malam tu aku tido tak lena. Rindu kot sebab tak dapat kontek satu hari. Tak puas hati betul la. T__T