Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

September 11, 2012

Pagi pantun

Lepas subuh tadi, macam biasa aku golek2 lagi atas katil sementara nak amek mood nak mandi..sejuk la sekarang sebab asyik hujan je malam. Tetiba dapat gamba dari en.asben. Uwaa... rindunya kat dia. Dia berada di Miri, Sarawak. Pergi semalam..tapi hari ni dah balik dah. hehe. Ala..kalo dah balik semenanjung pun, bukannya boleh jumpa aku jugak. Sebab dia balik ke Subang je..wuwuwu..ite rindu la bobot ite..

Lepas sekeping gamba, dapat lagi sekeping...pastu dapat lagi sekeping...baru je aku nak g mandi, tup tup dapat lagi sekeping gamba siap pakej sekali dengan pantun. Boleh pulak en.asben pagi2 dia pantun spontan..nerves aku okeh.. orang balas pantun, memang la kena balas ni..huhu..

Hari ini hari selasa,
Pergi kerja pakai celana,
Terima kasih kerana sayangmu padaku sepenuh rasa,
Walaupun ku tahu diriku tak sempurna..
I love u soo much..

Terharu sekejap aku membacanya. Lantas cuba untuk membalas mesej en.asben tersebut..
Tapi kan, lepas taip, aku padam..taip lagi..padam lagi..tensen..!! g mandi dulu lah..hahaha

Tengah mandi tu dok terpikir2 nak balas apa ye..emm..tak pernah aku buat lagi dalam hidup, sambil mandi sambil berpikir pantun..hahaha..

Siap mandi je terus taip sebab dah dapat ilham kat bilik mandi..hikhik..

Bunga mawar berdiri kaku,
Duri tajam jari tersiat,
Cintamu ku semi bersama cintaku,
Kasihmu ku semai hiongga akhir hayat..
I love u even more..

Boleh la dari takde kan..hee..

September 6, 2012

Cerita hero saya

Semalam aku pergi rumah tokwan kat Balok. Tak tau aku dari mana, berjalan kaki je. Masa aku jalan kaki tu, aku perasan ada 2 org lelaki macam follow je aku.. Jalan laju2 sket. Masuk dalam rumah, nampak en.asben dah ada kat dalam tengah buat apa ntah, maybe tengok tv kot. Pastu aku rasa macam 2 orang lelaki tu masuk dalam rumah jugak. Aikk.. apahel ni kan. Oh..orang nak datang beraya rupanya. En.asben dah perhati je mamat 2 ekor tu. Lepas tu en.asben keluar g kat tepi pantai.

Rupanya kat tepi pantai tu ada pesta apa ntah, ramai orang. Ada show, ada orang main bola tampar pantai kot. hehehe..Failed sket aku bab2 sukan ni.  :P

Aku pun nak menyertai en.asben. Sambil cari2 mana en.asben di celah2 orang ramai tu, aku perasan lagi mamat 2 orang tadi tu still duk follow aku. Cuak dah aku. Nasib jumpa en.asben. Sampai2 je, terus en.asben tanya

               "Nak abg g tumbuk ke muka budak 2 ekor tu??"
    
Ommaakkkaii..gagahnya bila en.asben tanya aku macam tu, tapi aku jawab

                "Tak payah la..dorang tak buat apa pun kat ayg"

Hilhikhik...baik pulak aku. Tetiba je aku terus terbayang2 en.asben dalam uniform superman, dengan kain dia tengah terbang2 kena tiup angin.Sambil berdiri macho tepi aku.

Spontan aku terkeluar, "Waahhhh....my hubby my hero! Kat luar dah protective, dalam mimpi pun protective jugak kan" cakap sambil senyuman paling manis..

Eh, mimpi ke? hehehe..mimpi en.asben jadi superhero lak ai..Tak dan nak merasa en.asben dukung bawak terbang..hahaha. Puii..ko ingat ni cerita Lois & Clark: The New Adventure of Superman ke??

 

September 3, 2012

Siaran malam

Baru habis kelas malam..
Laku betul aku jual coklat kat student..eh..actually bukan jual, tapi bagi je kat budak2..sape yang dapat jawab soalan kat depan..tapi at last, sume pon amek coklat bagi habis..sedekah jela kat budak2..
Aku tengok student ni, bila nak bagi reward coklat kat mereka, lagi bersemangat mereka jawab soalan yang aku bagi. Bagus jugak..

Hari ni aku rasa macam takde mood. Maybe sebab kelas dari pukul 8.30 sampai pukul 4 tadi aku asyik marah2 je kat student. Boleh cepat naik darah tinggi ni kalo selalu macam ni. T__T

Tengah layan lagu ratu hatiku by triad band, ost cerita adam dan hawa. Aku suka cara ahmad dhani nyanyi lagu ni..santai.