Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

January 12, 2012

Cerita meja makan

Sejak en.asben dah kembali bekerja, maka tinggallah aku berdua dengan tokwan sahaja di rumah. Kalau dulu masa en.asben ada, pagi2 dia akan hantar aku pergi kerja dan aku jarang breakfast di rumah, disebabkan breakfast kat luar bersama2 en.asben. Tapi sejak tinggal berdua, rajin pulak aku makan pagi sebelum g kerja. Tokwan aku tu dah la rajin sangat memasak. So pagi2 lepas aku dah siap2 pakai baju pastu turun bawah, tengok atas meja memang akan ada makan terhidang atas meja. Bukan aku mintak pun. Tapi tokwan aku tu sukarela nak masak untuk cucu kesayangan comel dia ni. hehe..Ada hari jugak yang dia macam taktau nak masak apa pagi2, maka aku akan pergi beli nasi lemak kat kedai luar dulu, pastu balik makan2 jap, pastu baru la pergi kerja. Nasib baiklah waktu kerja aku flexible, asalkan cukup 8 jam dan tidak mengganggu perjalanan kuliah, maka aku boleh bersuka hati nak sampai opis pukul berapa.

Huihh..panjang betul mukaddimah. :P
Ceritanya begini pagi tadi time breakfast. Tokwan aku cerita dia tak lena sangat tidor semalam. Maybe sebab dia banyak sangat makan cekodok petang semalam. *See, petang pun tokwan aku buat cekodok untuk minum petang* Dia bagitau yang urat2 dia sakit, asyik tidor bangun je semalam. Pastu dia cerita dia mimpi banjir besar.  Dalam mimpi tu dia mengarung air banjir yang dalamnya sampai paras dada, bersama2 pakcik aku, tapi dalam cerita mimpi tokwn aku tu pakcik aku tu budak lagi. Mak ai, lama betul mimpi tu g flashback kan..hehe..Aku berseloroh la dengan tokwan yang dia mimpi banjir tu tanda2 nak dapat duit..heeee...Sekali baru teringat yang duit BR1M kan dekat dah nak dapat...?? Heee..masyuk tokwan dapat RM500.

Lepas cakap2 pasal banjir, tetiba dia masuk bab petanda2 yang dia dapat tentang anak2 dia. Selalunya kalau rama2 kaler hitam masuk rumah, dalam 2 3 hari lepas tu mesti Ayahde aku balik kampung.Yang tak tahan tu rama2 kaler hitam, sebabnya pakcik aku tu memang kulit gelap sikit. Hahahaha. Pandai pulak rama2 tu. Tokwan aku cakap memang dari dulu lagi macam tu. Dulu selalu rama2 besar yang masuk rumah. Sekarang mungkin yang besar tu dah mati kot, sebab yang masuk rumah sekarang ni rama2 hitam kecik je. Anak dia kot.

Pastu aku tanya lagi, kalau Ayahlong *ayahlong duduk kat kelantan* nak balik apa pulak petanda..saja la nak menyakat tokwan. Sekali dia jawab kalau Ayahlong, rama2 kaler kuning masuk rumah...
Aku terus KAHKAHKAH 
Gelak sakan aku pagi tadi. Teror betul rama2 tu. Sebab ayahlong aku tu kulit cerah.
Aku syak la mak rama2 tu kenal semua anak2 tokwan sebaba tau je dia kalau anak yang tu balik, dia hantar anak rama2 dia kaler sekian2. Hahaha...


Agak2 kalau aku nak balik, tokwan dapat rama2 kaler apa eh...?? Jap, mesti rama2 yang kiut miut je kan. Hahaha
Eh, kalau kakak dan adik aku balik, mesti rama2 yang masuk rumah tu gemok2...hahahaa...semput..









1 comment: