Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 18, 2011

Cerita sekitar graduasi Kak Limah aka Acik

Kak Limah wif her parents. :P

Ahad lepas, the only adik perempuan aku but not so adik la sebab dia lagi besar..hahaha..telah meng"konvo"kan diri beliau di UITM Shah Alam. Ma, abah, along, aku dan isyirah telah terpaksa menghadirkan diri..hahaha..Ma dan abah memang wajib la pergi kan. Tapi aku dan along telah dikerah sekali untuk hadirkan diri. Pulak tu hari ahad babysitter si insyirah ada hal apa entah, so terpaksa la heret sama budak kecik tu. Aku la yang gigih duk kelek Cirah macam badang sebab kena daki panjat tangga yang dah macam tangga kat batu caves aku tengok, untuk sampai ke atas tempat khemah yang disediakan.. Eh, lupa lak nak bagitau awal2 yang kami yang datang sidang petang ni kena parking kereta kat Giant seksyen 7 tu, lepas tu kena naik bas ramai2..Cuba bayangkan aku berebut naik bas dengan dukung Cirah. Memang sangat tough kan.. :P Tambah pulak dengan panas terik waktu tengahari tu. Memang terbaik dia punya pakej.

Cirah pulak dah siap muntah wek wek keluar susu banyak giler dari mulut dia, betul2 sebelah budak yang tengah makan mee goreng. Fuhh.. Tebal muka aku sebab segan kat budak tu. Nasib baik dia dah nak habis dah makan. Hahahaha. kami pun beredar ke tempat lain. Sebenarnya Cirah dah mengantuk sangat nak tido, tapi mana la dia boleh lena dengan keadaan bising ramai orang macam tu kan. Sibuk la duk tengok orang sana sini dia tu. Jakun! Hehehe. Rupanya pukul 2 ptg baru start sidang petang. Aku dah macam orang ape ntah muka. Selebet habis. So, aku dan along buat keputusan untuk balik semula naik bas ke kereta. Nak tunggu pukul 5 dah rasa macam nak tunggu hukuman gantung je. Lama gile. Elok je masuk kereta, pasang aircond terus Cirah tido tak sedar diri. Kami makan pun sekadar drive thru KFC je makan dalam kereta.

Dah dekat pukul 4 baru kami masuk dalam UITM dengan kereta. Hehehe. Nasib baik dah dibenarkan. So sempat la kami bergambar dengan Mak Iti Cirah tu. Over okeh demand bunga besar2. Hahaha.

Muka budak baru lepas muntah.


Dah penat.


Galok sangat tengok mak iti dia konvo.


Aku yang dah hangus terbakor semacam akibat bercanda bawah panas terik. Huhuhu. Menci.


Mak Iti dengan bunga dia.


All of us. :)


Cirah sibuk buat jari 1 Malaysia.


Mak saya sangat gojes itu hari. Penat dia dengar aku duk puji dia cantik hari tu. Tehee..



1 comment:

Siti Zatul Itri said...

hehehe..bangga kaklimah pakjabit sudi dtg walopong dikerah tenage...kah3..lebiu pak jabit abu hurairah usop wilcha....hahhahhah tengs uolss..<3