Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 30, 2011

Cerita basi..hehehe

Salam...

Rasa macam lama giler kan aku tak jenguk sini.. Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni rasa malas giler nak update. Ermm.. ni pun bukan nak cerita apa sangat. Cuma nak tayang gambar time international conference last week.


Keynote speech dari Dr. Mark Phillip







Hari ke 2. Keynote speech oleh Prof. Dr. Safian Sharif dari UTM.

Bersama salah seorang peserta poster, kawan aku; Azlin.

Khalil bersama poster. (bukan dia punya poster..kihkih..)

Poster lin..dapat no 2 tu..bangga mak..hehe

Poster student final year. Ni namanya Faizul.

Student aka BFF Khalil, Pipi (bukan nama sebenar).

Bersama Leong. The only Chinese student batch ni. Budak dean list :)

Maswanir :)

Hanif, Maswanir, Faizul.

With Ajum. Student kegemaran lecturer. Asyik la dean list je budak ni. :)

Ni la 4 org je student gegurl batch dorang. :)


May 23, 2011

ICAM, ICORAS dan ICCI

International conference sedang berlangsung di ITC Tatiuc.
Aku bukan la g present paper pun.
Aku hanya bertugas sahaja selaku ajk untuk fakulti aku punya conference.
Ada tiga bahagian. ICAM, ICORAS, dan ICCI. Fakulti aku terlibat dengan ICAM sahaja.
Kawan aku participate dalam poster session untuk conference. Dia ada dua poster reseach dia. Fuh. Sekarang mood untuk buat research makin membuak buak. Tadi bila tengok participant present paper diorang untuk oral session, aku rasa macam best pulak.

May 22, 2011

Selamat malam

Hujan.
Lebat gila.
Tapi aku bukan nak cerita pasal hujan.
Aku nak cakap pasal aku.
Nak cakap aku stress, masih dalam keadaan blur.
Nak cakap aku blur, memang aku blur.
Blur dengan list yang tak tau apa patut ada dalam list.
Blur dengan tak tau apa yang patut aku buat dulu.
Blur samada betul ke tindakan yang akan aku ambil.
Kalau boleh aku nak jaga hati semua pihak.
Takpe.
Hati aku biar aku je yang jaga.
Takpe.
Tapi macam sedih.
Aku kena cepat pujuk diri sendiri.
Tak boleh manja sangat.
Eh, memang macam manja je dari dulu.
Cepat benau nak nangis. T__T
Dah. Jangan nangis.
Bukan boleh selesai masalah.
Rasa kusut je.
Kalau la boleh aku keluarkan apa yang kusut ni, alangkah best nya.
Biar benda kusut tu kena tinggal jauh jauh.
Hmm..
Mungkin tido boleh kurangkan kusut?
Jom la kita tido.
Selamat malam.


May 18, 2011

Cerita sekitar graduasi Kak Limah aka Acik

Kak Limah wif her parents. :P

Ahad lepas, the only adik perempuan aku but not so adik la sebab dia lagi besar..hahaha..telah meng"konvo"kan diri beliau di UITM Shah Alam. Ma, abah, along, aku dan isyirah telah terpaksa menghadirkan diri..hahaha..Ma dan abah memang wajib la pergi kan. Tapi aku dan along telah dikerah sekali untuk hadirkan diri. Pulak tu hari ahad babysitter si insyirah ada hal apa entah, so terpaksa la heret sama budak kecik tu. Aku la yang gigih duk kelek Cirah macam badang sebab kena daki panjat tangga yang dah macam tangga kat batu caves aku tengok, untuk sampai ke atas tempat khemah yang disediakan.. Eh, lupa lak nak bagitau awal2 yang kami yang datang sidang petang ni kena parking kereta kat Giant seksyen 7 tu, lepas tu kena naik bas ramai2..Cuba bayangkan aku berebut naik bas dengan dukung Cirah. Memang sangat tough kan.. :P Tambah pulak dengan panas terik waktu tengahari tu. Memang terbaik dia punya pakej.

Cirah pulak dah siap muntah wek wek keluar susu banyak giler dari mulut dia, betul2 sebelah budak yang tengah makan mee goreng. Fuhh.. Tebal muka aku sebab segan kat budak tu. Nasib baik dia dah nak habis dah makan. Hahahaha. kami pun beredar ke tempat lain. Sebenarnya Cirah dah mengantuk sangat nak tido, tapi mana la dia boleh lena dengan keadaan bising ramai orang macam tu kan. Sibuk la duk tengok orang sana sini dia tu. Jakun! Hehehe. Rupanya pukul 2 ptg baru start sidang petang. Aku dah macam orang ape ntah muka. Selebet habis. So, aku dan along buat keputusan untuk balik semula naik bas ke kereta. Nak tunggu pukul 5 dah rasa macam nak tunggu hukuman gantung je. Lama gile. Elok je masuk kereta, pasang aircond terus Cirah tido tak sedar diri. Kami makan pun sekadar drive thru KFC je makan dalam kereta.

Dah dekat pukul 4 baru kami masuk dalam UITM dengan kereta. Hehehe. Nasib baik dah dibenarkan. So sempat la kami bergambar dengan Mak Iti Cirah tu. Over okeh demand bunga besar2. Hahaha.

Muka budak baru lepas muntah.


Dah penat.


Galok sangat tengok mak iti dia konvo.


Aku yang dah hangus terbakor semacam akibat bercanda bawah panas terik. Huhuhu. Menci.


Mak Iti dengan bunga dia.


All of us. :)


Cirah sibuk buat jari 1 Malaysia.


Mak saya sangat gojes itu hari. Penat dia dengar aku duk puji dia cantik hari tu. Tehee..



May 11, 2011

Luahan hati en.tunang

Pagi tadi dalam bilik kursus, sempat lagi aku online facebook kat handfon kejap.
Log in je terus tengok dapat 1 message dalam inbox.
Yeay..message dari en.tunang.
Tapi bila baca, sayu gila hati aku. Rasa macam bergenang la pulak. Tapi kaver la dalam kursus la oii.., kang Umi cakap aku kenapa pulak kan..
Mana aku tak terharu dan touching kan dah bila en.tunang meluahkan perasaan apa yang dia rasa sejak 2 3 menjak ni kat aku..


"saya sangat rindukan kamu...walaupun kamu asyik tertidur saje sejak 2 3 menjak nie..saya tak kesah pun..kerana saya tetap sayang kan kamu....walaupun saya asyik cakap sorang2 jer...saya tetap sayangkan kamu...walaupun saya sering dipersalahkan dan saya tak mengerti pun apa kesalahan saya..saya tetap sayangkan kamu..walaupun kamu selalu jer nak sentap sentap dengan saya...saya tetap sayangkan kamu..biar apa pun yang kamu fikirkan tentang keburukan saya...saya cuma ingin kamu tahu yang saya....sangat sangat sangat dan sangat menyintai kamu dan menyanyangi kamu...walaupun kamu asyik cakap perut kamu dah buncit..saya tetap sayang kamu dan yang harus kamu tahu....saya menyintaimu kamu dan menyayangi kamu seadanya kamu.."


En.tunang, kte mintak maaf sangat2 sebab banyak abaikan awk lately. ;(
Dan kte nak mintak maaf sebab selalu je buat perangai macam perempuan meroyan kan. Sorry sangat. Kte bukan sengaja. Tapi sebab kte rasa macam nak perhatian dari awk. Lagipun kte kan jauh jaraknya. Kalau awk ada depan mata, kte takde la pulak buat penyakit macam ni kan. Hee..
Kte nak awk tau awk TETAP UTAMA bagi kte.
Kte sayang awk.


May 9, 2011

Aku ke yang berubah...?

Kenapa ye..
Sejak dua menjak ni aku rasa aku dah berubah..
Iye.. Aku memang perasan..
Sampaikan aku rasa macam pelik sangat..
Kenapa aku berubah macam tu..
Dulu tak de pun macam ni..
Sekarang selalu jadi begini..
Selalu je aku......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tertido time en.tunang tengah cakap kat hp..
Hikhikhik..
Dah banyak kali la..
Sian awk kan en.tunang..
Kte penat sangat sejak dua menjak ni..
Sampai dah berapa kali awk selalu je cakap sorang2 kan..
Sorry tau..
Lain kali kte buat lagi..eh..tak..tak..hehe
I LOVE U SAYANG..



May 4, 2011

Saya muda lagi okeh :P

Perasan muda.
Ke saje je tak nak ngaku dah nak senja. :P
Lately, aku selalu je TERpanggil orang yang lagi muda dari aku "akak".
Sejak dah jadi golongan veteran kan, aku ni selalu je tak perasan tau.
Selalu aje duk panggil orang lain akak.
Opismate aku, Ummi kan muda dari aku 2 tahun.
Dan aku dah pesan awal2 kat dia sila jangan panggil aku akak. Hahaha.
Xmau la. Nanti nampak sangat aku ni tua.
So, bila dia jumpa kawan dia, senior dia, dia pun panggil akak la.
Dan aku pun laju je panggil orang tu kak jugak.
Tapi Ummi rilek je tengok aku.
Lama2 tu baru dia tak tahan nak gelak.
Apehal panggil orang yang muda dari aku setahun kak kan.
Coi la Ummi. Hahaha.
Dia tak bagitau la pulak senior dia setahun je pon.
Ceh sungguh. Aku dah malu muka dah kat situ. Mencik..Mencik..

Satu lagi kejadian dengan housemate dia, Nushan.
Aku selalu jugak la lepak umah Ummi time balik kerja, singgah umah dia dulu sebab nak bergalok2 sket.
Dia ni selalu je panggil housemate dia ni kak nushan..kak nushan..so, aku pun terikut2 la..panggil kak nushan jugak.
Tapi bila dah berlaku kejadian pertama tadi, terus aku teringat, entah2 si Nushan tu pun muda dari aku jugak.
Tapi macam mature je. Eh, sebab dah kawen anak satu kot.
So aku pun tanya la Ummi Nushan tu umur berapa.
Amek ko, Sekali sama umur daa..
Aku macam nak jerit je kat Ummi ni tau.
Sekarang baru nak bagitau aku. Hahaha.
Cer ko bayangkan aku dah g umah dia berapa kali dah duk borak2 dengan mesranya tapi panggil dia kak. Hahahaha.
Malu..malu..rasa macam malu je nak jumpa Nushan tu lagi.
Ummi cakap dah bagitau aku dulu. Hey u. I mana nak ingat la. U saje je kan Ummi..mencik mak tau.
So, lepas ni aku akan berhati hati nak panggil orang tu akak ke apa ke kan.
Takut muka aku ni malu lagi sekali. Keh3. Kira kita panggil adik je lah semua.
Ye adik2. Sekian. Selamat malam.



Akak Ummi dan Adik Zue. boleh..?? :P


Malam itu

Ini cerita minggu lepas.
Aku hantar mak aku ke stesen bas Geliga sebab nak g KL.
Aku tak dapat pergi sebabnya adik aku ada kat rumah kan.
Mak aku naik bas pukul 11 malam.
Aku tunggu bas datang.
Hantar mak aku naik bas.
Tunggu bas gerak dulu.
Eh, lama la pulak bas ni nak gerak.
Dah la berderet bas lain datang nak amek penumpang jugak.
Disebabkan aku parking macam agak mem"block" jalan, so aku rasa baik aku gerak dulu.
Called mak aku bagitau aku balik dulu, tak boleh nak tunggu. Kang bas bising pulak.
Lepas mak aku cakap ok semua, aku pun berjalan lenggang ala kingkong kangkung menuju ke kereta.
Dah dekat nak sampai kereta aku kan,tiba tiba ada sebuah kereta berhenti dengan mengejut sebelah aku.
Aku pun macam pelik je, kenapa kereta tu stop tiba tiba. Dahla tak nampak muka drebarnya.
Lepas tu aku nampak kepala pakcik kat tempat co-drebar tu keluar tertoleh2 kat aku.
Aku naik heran la jugak. Pakcik mana ni usha2. Nerbes okeh. Hahaha.
Sekali aku dengar drebar dia cakap " cik g mana ni..? cik hantar sape naik bas cik.."
Intai2 dalam kereta, nampak la tuan drebar tu..
Ceh..Student INSEP aku rupanya. Penat je aku suspender td. Hihihihi. Ingatkan sape la yang nak kidnap aku kan. :P
Dia stop mengejut tu pon sebab dia cam no plat aku. Tak ramai kot WSL kat kemaman ni.
Terharunya saya FAHMI. Hehehehe. Macam tu la student kan. Jumpa kat mana2 mesti tegur. Tapi ada jugak student yang jenis sombong.
Aku tak heran pon kalo ada student yang sombong ni. Aku tak rugi pape pon. :)

Baby baru


Saya ada baby baru..
Baby gurl..
Umur baru je 30 hari..
Lebat kan rambut Dania Farisya ni..
Sorry la muka saya pucat semacam..
Masih dalam pantang katakan..
Ok..saya nak sambung bertungku pulak.. :P



May 2, 2011

Jalan jalan habiskan duit.

Hari Sabtu lepas, aku keluar dengan adik jalan2 ke Mesra Mall.

Kami makan2.

Kami tengok wayang.

Dan kami membeli belah, tapi barang aku la.

Layan gambar je lah.

Punya la malas aku nak cerita.


Ni lah adik2 ku. Acik n adik amy.


Jangan di tanya mengapa terdapat perbezaan warna kulit. keh3


Bersama kakak yang sweet kan. :P


Menikmati flat coffee.


Apekehe sampai terjelir minum kopi mek..


Oh..sedapnya sampai pejam mata. Hahaha


Bintang softball sekolah. Sebab tu lah kulit dia agak gelap sekarang.


Kami tengok THOR. :)


Sekian. Penutup, tatap lah kakak dia yang dah gemok.


Saya suka sangat

Saya sudah jatuh cinta hati dengan THOR. Manyak hensem la. Tehee..
Ingatkan cerita ni tak best. Sebab macam takde nafsu je nak tengok masa mula2 tengor trailer dia.


Tapi bila dah tengok, wahh...i want more..i want more.. :P
Bila eh ada sambungan THOR 2. Tak sabar mau lihat kesudahan cinta dia dengan Jane.
Kesian Jane kena tinggal macam tu. huhu.



May 1, 2011

1st May = Labor Day

Selamat hari buruh.
Selamat hari cuti.
Selamat g jalan2 ye kawan2.
Aku nak g kenduri akikah anak kawan kat setiu jap g.
Eh..anak aku bila eh..?? Hahahaha..
Anak tekak tak kan nak wat akikah jugak kot.. :P
Nanti balik kang aku story mory.
Banyak nak cerita kat cni.
Ok..bai..