Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

March 27, 2011

Anak dara kakak aku


Nur Insyirah Balqis


Anak buah aku ni dah besar dah. Lama jugak tak tengok dia secara live. Asyik mak dia mms je gambar terbaru. Dan asyik mak dia update perkembangan terbaru dia melalu handphone je. Macam tu la rupanya kalo baru ada sorang je anak buah@cucu dalam family. Cuba dah ramai, memang takde nye orang nak tatang macam minyak yang penuh melimpah ruah kan. Menagih kasih ada lah. Heee..

Kejap je rasanya dia ni dah besar. Tak sabar nak jumpa dia. Kakak aku nak balik kampung 8hb April nanti. Mesti Cirah tak ingat kat aku dah kan.

Tadi mak dia mms gamba kasut dia. Cute bangat. Nampak kaki debab, tangan tambun dia. Huh. Kaki dah la besar, ikut mak dia. memang macam sampan la kaki adik lepas besar nanti. Hahahaha. Tak cute okeh. Mak dia kan pakai kasut saiz 9. Bapak besar tu. Kenapa adik tak ikut kaki makngah. Kompem kiut, saiz 5@6. Heee..

Cute kan. Geram aku.

Besar tak kaki saya?

Jari Cirah yang gomok.

Kena paksa tayang kasut. Muahahaha

Hari tu budak kecik ni demam. Teruk jugak. Asyik la sakit je. Tu la. Adik minum susu lembu. Kalo adik minum susu cap gantung, mesti susah dapat sakit kan..kan.. Makngah cakap ikut pengalaman Makngah masa kecik2 dulu tau. :P

Kakak aku cerita, sekarang dia dah pandai dah mengamuk. Lepas tu dah boleh cakap "nak" dan "cak". Aishhh.. Ni yang buat aku lagi tak sabar nak jumpa budak kecik ni. Siap la dia aku lempang2. Hahahaha.


Besarnya butterfly atas kepala Cirah. Butterfly tu Mak Iti Pap Pap yang bagi. Mak Iti tu adik perempuan aku, Acik. Kesian Cirah. Masa mak dia mms gamba ni, dia tak fully recover lagi dari demam. Tu yang muka semacam je bila nak amek gamba.

Merenung nasib ke tunggu daddy adik balik kerja?

Sibuk mummy nak amek gamba kan.

Demam2 pun galok lagi. Ish.

Aku macam pelik hari ni. Sejak pagi tadi asyik lah kakak aku ni call aku. Nak cerita pasal anak dara dia buat apa pagi tadi. Sat2 lagi call lagi sebab cerita tak abes. Aku pon pelik. Apahal dia ni asyik call je. Takde kerja nak buat ke.

Ooooo.. Hari ni hari ahad rupanya. Patot la dia tak kerja. Hahaha. Aku boleh ingat hari ni hari isnin. Yelah. Sebab aku kan kerja hari ni. Siot je kan leh lupa hari. sebenarnya tak sabar nak tunggu hari khamis :P


Incirah yang gojes.

Pandai posing sampai air liur meleleh. Hihihi


2 comments:

Teacher Hafizah said...

gmbr last cirah cute

ctZue said...

rambut dah panjang..xsabar aku nak letak klip rambut kat kepala tuh..hahaha