Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 31, 2012

Must read

Aku baru je habiskan buku  Biografi Agung Rasulullah yang di tulis oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari.



Memang aku sarankan kat korang agar pergi beli buku ni, dan khatamkan. Actually aku amek masa bape hari gak la sebab malas nak bawak balik umah buku ni, just baca kat ofis je. Tu yang takes time sikit.
Baru la aku sedar, banyak sangat yang aku tak tau pasal Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W.

Sebagaimana kita cintakan seseorang, sukakan seseorang, mesti la kita tau serba serbi tentang dia kan. Begitu jugak la kalaukita cakap kita cintakan Rasul, kita perlu tau segala2nya pasal Nabi Muhammad S.A.W ni.

Aku tak boleh tahan air mata bila baca part wafatnya Rasulullah. Serious menitik nitik. :(



P/s: Aku boleh pulak tau serba serbi pasal KIM KARDASHIAN dan anak beranak dia, rasa jahil sangat bila tak tau pasal nabi sendiri.

Happy bday sissy

Along, happy birthday to you.
Semoga hidup bahagia di samping suami tersayang dan anak tercinta.
Semoga bertambah melimpah ruah rezeki dan semoga semakin kaya dan berjaya.

No matter how many times we fight and argue, but the truth is we love each other very much.
No matter how bad your day was, but at the end of the day you still have me by your side.
I love u so much.

Mail box

 Thank you Gnee dear for the sexy reddish mailbox. Me like it so much!


I'm sexy and i know it!

May 29, 2012

Kisah helmet

Tarikh: 27 Mei 2012
Masa: lebih kurang pukul 7.45 malam
Tempat: rumah kat Kg. Parit Nibong

Kisah:
Sham dan Zue sedang bersiap-siap  mengemas barang untuk pulang ke KL sebentar lagi. Zue yang dah siap mengemas barang barangya telah duduk bersimpuh di dapur. Masih sempat lagi untuk minum kopi buatan abahnya, yang emak dah bancuh dan sediakan di atas meja sambil cicah biskut. Sedang enak Zue menikmati kopi dan biskut, dia ternampak suaminya, Sham bergegas naik ke bahagian atas rumah. Zue terdengar sesuatu yang suaminya mengomel berkenaan helmet.

Zue: Abang, minum kopi dulu.
Sham: Takpe, abang dah minum dah.

Lalu Zue meneruskan kenikmatan menghirup kopi yang segar itu. Tak lama kemudian Zue lihat Sham menuruni tangga sambil membawa sesuatu di tangannya. Ya, helmet. Mungkin itu helmet yang diomelnya sebentar tadi. Lalu Zue bertanya kepada Sham...

 Ini la rupanya helmet pelik tu


Zue: Abang nak bawak balik helmet tu ke KL ye.
Sham:Yup.
Zue: Abang nak naik motor dengan Abg. Aji ke g kerja nanti? *Abg. Aji adalah housemate Sham*
Sham: Ha ah..Abang nak naik motor pulak.

Tetapi dalam hati Zue dah semacam je bila tengok helmet tu lain sangat rupanya. Terus dia bertanya lagi

Zue: Tapi kenapa helmet tu lain sangat...??

Tiba tiba emak datang dari dapur dan menyampuk..

Emak: Ish..itukan helmet dia pakai bila bawak kapal terbang.

Zue: *pitam*
............................................................................................................................
Zue: Kurang asamboi betul la suami aku ni. Tengok la mak, Abang suka je kelentong Zue
Emak:*gelak gelak*
Sham:*lagi gelak macam syaiton*

Lagak Sham *yang suka kelentong isterinya* sambil memakai helmet tersebut.

Moral of the story:

Nasib baik mak mertua aku ni jujur, tak reti nak tipu2 menantu dia macam anak dia buat kan. Mati mati la aku percaya dia nak g kerja naik motor sebab tu sibuk nak bawak helmet balik KL. Puuiiii...

Mana la aku nak tau kan helmet tu helmet bila terbang. Hahahaha. Aku memang selalu kena tipu, terang2 pun kena tipu jugak. Banyak kali dah insiden2 tipu ni berlaku. Aku kan jujur, percaya jela apa yang suami cakap kan. Abistu tak kan ko tak percaya bila dah suami ko cakap dengan serius sekali mukanya kan. Orang jujur memang selalu kena tipu kan. :P

May 28, 2012

The longest entry ever: Wedding Ariz & Memey (bukan nama sebenar)

Malam sabtu lepas kawan en.asben Ariz kawen, buat majlis grand gitu kat dewan Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Maka selaku kawan yang telah disponsor 1 bilik = 1 family di kompleks tabung haji tersebut, maka an.asben bersama kawan2 beliau secara berjemaah telah menghadirkan diri bagi melengkapkan acara sword barrel bagi pasangan pengantin tersebut. 

Kami konvoi 5 buah kereta dari kl, walaupun hakikatnya en.asben n aku join konvoi bila di RnR Sungai Siput, atenye kami gerak dari kg, bandar baharu kan.  Elok sampai Penang je, rombongan retis2 sume nak pergi Line Clear nasi kandar dulu pekena sepinggan dua. Lepas dah isi perut masing2, baru la bergerak ke kompleks tabung haji. 

Majlis resepsi adalah di sebelah malam, so waktu petang digunakan untuk cuddle rehearsal. Maunye tak buat rehearsal, event besar besaran la katakan siap ada pakai music dari army lg kot, kalo tak silap aku la. Ni kalo en.asben kelentong aku, maka aku kelentong la korang. hahahaha.

Maka, sebelum bermulanya majlis, aku dan para G-Strim yang lain telah masuk ke dewan dahalu kerana para suami kami dikehendaki untuk mengiringi pengantin yang mau berjalan sambil pegang tangan di bawah pedang. Masa acara sword barrel tu, tak kuasa aku nak bangun berdiri tepi2 orang ramai tu nak amek gambar, that's why gambar aksi mereka baling2 tukar pedang takde satu pon dalam kamera aku. Cuma yang banyak adalah gambar menggedik para G-Strim. Buat yang masih blur tak tau apa itu G-Strim, itu adalah singkatan kepada Group Isteri Maritim. Of course la aku bergambar gedix dengan lesbo G-Strim aku kan. muahahaha... Gojes Farhah, u looked so sexy with your kerengga body shaped  that night, meanwhile me...oh my goshi goshi..that gojes bloated belly seemed cannot be hide even-though i wore my girdle in...hahaha

Luckily aku muat lagi baju masa bertunang end of 2010, quite amazing kan. :P Ala..takdenya nak amazed sangat pon sebab masa nak pakai kain, nak zip tang pinggang tu, aku kena tarik nafas sedalam yang boleh baru boleh zip. Fuhhhh...

Dan kenduri kali ni jugak aku banyak mingle around with the other G-Strim yang selama ni aku tak pernah jumpa. Selama ni kalau jumpa kat kenduri pun boleh kata muka yang sama jugak kan. Kan Farhah kan.. :P That's why we are being so lesbo close right? And of course, a lot of gossips in the air that night. Miahahaha...I love gosip! Tapi rasa macam tak cukup korum je sebab president G-Strim aka Suhana tak dapat menghadirkan diri ke Penang. Sue, we missed u so much puan president..sob..sob..

Gambar pengantin aku amek 1 atau 2 keping saje kot, yang lain gambar selain pengantin. hahaha. 

Selamat pengantin baru Ariz & Memey

Masa tengah2 syok menyuap makanan, baru aku perasan kat table aku, semua pasangan ada anak, masing2 tengah bergilir makan dan jaga anak. Owh..indahnya makan secara lahap..hehe..

Gambar pasangan di meja kami:

 Wady + Aishah = Love cute Nuha


Rotu + Fida = Adorable Daniel


 Joe + Safura = Lovable Danial


 Ikmal + Farhah *my lesbo* = Charming naughty Iman

And lastly, us, the only childless couple at our table.


 Sham + Zue = No name yet. 
*but refer to en.asben, our son will be named as Abdullah Khairul Azam..errr...we skip that part*


Dan ini antara gambar pasangan di meja yang lain:

Tengku + Sharifah Lia ( 7 months preggy mom) = Unborn baby


Zali + Mira = Tak bawak anak..haha


 Munir + Wife ( seriously lupa nama, ampun) = No baby yet


 Fikri( if im not mistaken) + Jue = Lovely Daughter and son ( tak tau nama)


 Me with Aswad' wife, Yati


 
 Amek berkat preggy mommy :P


 The ladies

Seterusnya, lihatlah gambar gedik kami..keh3..

 Lentok baik ye kepala tu.. :O 
*grrr...gambaq ni gegaq..oh kamerameng!*


 Lalink, muka kamu sooo sexy back lah..hehe


 See Iman, like father, like son.


 Lesbo again :)


 Gambar ni tiada tujuan lain selain hanya untuk menggedik dengan peak cap suami masing2..muahaha


Tak boleh blah la aksi gediknye kamu sume ni
*Nape Safura gedik2 malu je :P*


 The G-Strimers. Tapi sayangnya president takde dalam gambar
* jeles tak? muahaha*


Lastly, gambar penutup. Jarang dapat bergambar dengan en.asben pakai smart macam ni. Bebear handsome sangat kan. *lantak la nak puji laki sendiri*  That's why i love uniform guy so much..hehe
 


P/s: Aku aim nak pakai balik baju nikah aku yang mana saiz dia lagi kecik-slim-fit-ikut badan lagi dari baju di atas.

Sneak peek of the "berpoya2 menggedix" night

 Sailorgirl



 
gedix-mates


May 27, 2012

Bye bye Penang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

May 26, 2012

Tak mampu nak makan sebab kenyang...sob..sob..




Published with Blogger-droid v2.0.4

May 25, 2012

Balik kampung

Lalala


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 23, 2012

Hi sayang, Astro remote control missing u so much

Dear mr.hubby,
Please come back home so soon. I can't bare looking at the remote, showing it's sorrow face everyday!
I know he missed u so much. He missed u place your cute and rounded fingers at his body. I know he missed how the way you press the button on his body while scrolling the channel.

Since pvr is available, i know the remote also missed you darn much to feel you pressing the button R to record your favorite show, especially at channel 310, 325, 393, and all channel related with action and kungfu and wacha movie.

On top of that, honestly, this house missed you so much to hear you laughing, to see you focusing while watching kungfu movie. Ah, forgot to add on sport channel, Open badminton, ping pong, golf ( eh, this golf channel you watch also eh...errr...)

See, all of the appliances in our place missed you. Luckily I'm the tough one among all of them, still can bare my feeling for you #TTDMKA

Yours sincerely,
yourlovelywife....#boo, can skip this part.

May 22, 2012

All of a sudden

Pernah tak jadi kat korang:

"Tengah2 tengok gambar, tiba2 datang perasaan rindu secara membuak2..rasa macam penuh je dada..bukan penuh dengan susu, tapi penuh dengan perasaan rindu. Lepas tu terus kol orang tu semata2 nak btau rindu.."

Aku dah banyak kali jadi macam ni. Latest, baru je jadi tadi. Terus tetiba kol en.asben. Semata2 nak cakap rindu, lepas tu ok bai. Sorry sayang for bothering you  while you are working just now. tehee

Baru2 ni aku teringat kat anak buah si kecik mulut potpet galak menari cirah. Rasa macam rindunye. TYerus kol along aku, tapi bukan nak cakap dengan along. "Bagi hp kat cirah jap" takde salam terus nak mengarah. hahaha. Walaupun budak kecik tu tak boleh cakap sepenuhnya, tapi bila dengar suara dia pot pet pot pet dalam bahasa german, gerubat rindu ni. Can't wait to see her soon.


Darn, i miss my bobot so much T__T





Baju raya

Seriously aku tak fikir lagi nak buat baju raya kaler apa tahun ni. Tapi tadi opismate aku, Fauzan dah siap tempah dengan isteri kawan aku, Siraji baju raya sedondon kaler hijau 1 family. Pantas sungguh kot. Hari ni baru 1 Rejab kan. Tapi betul la..kalo tak tempah sekarang, nanti banyak pulak dan takde orang nak amek dah dekat2 nak raya nanti. 

Pening la.. aku nak pakai kaler apa ye tahun ni. Rasa macam dah bosan je pakai baju cotton. Ingat kali ni nak cari kain bukan cotton, kain crepe ke kan.. Tahun ni aku akan make sure yang kai suami isteri adalah sedondon. Hehe. Kalo nak diikutkan atas kertas, tahun ni adalah tahun kedua kami bergelar suami isteri. Tapi disebabkan tahun lepas punya kenduri, kami dah nikah dah cuma belum settle lagi kenduri, tambah pulak kenduri kami lepas raya, makanya kami beraya asing2 tahun lepas. Sedey je. Pagi raya pertama tak dapat salam cium tangan suami. Aku harap tahun ni dapat la aku beraya sama2, kalo en.asben tak duty la..huhu

Cun tak kalo pilih kaler biru firus..?



May 21, 2012

To my dear si chantek..

Sungguh touching dan rasa rindu membuak2 tatkala kamu manghantar sms pada saya tadi.. saya boleh gelak sekejap bila baca mesej sampai habis..hehe..Kamu mesti glamorous kan bila attend kenduri kat penang nanti. Maklum la, kat hotel u..hehe..

Tak sabar mau chit-chatting, gossiping, eating & drinking together again Farhah. Till we meet again at kenduri Daud di Johor ye manis. Kalo yang ni tak jadi jugak, saya akan mogok besar besaran sama en.asben tau!

Sekian, yang mendambakan..ops..over nyah ayat damba..
Sekian, yang merindukan kamu jugak si gojes with ur cute boboboi,
Zuethesweetpie.. :P (masuk bakul tolong angkat boleh..?)

Welcoming Rejab

Dalam tak sedar, esok dah masuk 1 Rejab 1433H. Cepat betul masa berlalu. Itu pun aku sedar esok 1 rejab bila kawan aku hantar sms yang dia tulis.." esok 1rejab, pose..." mungkin maksudnya mengajak aku berpuasa bersama. Owh..betul jugak, memandangkan en.asben tiada di rumah, maka bolehlah aku berpuasa sunat kerana sekiranya en.asben ada di rumah, maka wajiblah atas aku untuk meminta keizinan beliau untuk berpuasa sunat tersebut.. Sayang, kita puasa tau esok..nanti sayang balik kita puasa sama2 ye...eh..silap, kita tak puasa tau .. :P

Antara kelebihan bulan rejab yang aku dapati dari dakwah islam :


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Maka kawan2 adalah diberi pilihan untuk berpuasa berapa hari di bulan rejab yang mulia ini demi merebut ganjaran yang bakal diperolei di akhirat kelak.

Semoga aku mendapat kekuatan untuk berpuasa rejab. Aku maksudkan kekuatan di sini adalah dari segi kekuatan menahan nafsu makan yang best2 setiap kali opismate ajak pergi makan. huhuhu.. Lagi pun puasa nazar aku ada 2 hari lagi yang tertangguh. Boleh lah aku langsaikan hutang dengan Allah.

Di samping itu dengan berpuasa ini, semoga aku mendapat kembali figure badan aku yang dulu memandangkan sekarang ini badan aku sangat gojes dipam2 dan membulat kuasa 3. Semoga aku berjaya mencapai misi diet ini yang mana otak aku dah cakap mustahil!  Uwaaaa.....




May 20, 2012

Selesai sudaa

Penatnya satu badan..kaki, tangan, belakang..sume la penat..tido awal semalam, penat yang amat..pagi tadi rasa sengal2 je..




Program TARIE 2012 ataupun nama penuh program Pameran Penyelidikan & Inovasi TATIUC 2012 telah diadakan di tempat dan masa seperti gambar di atas. Malas aku nak menaip panjang. Sepanjang dua 3 hari aku berada di KT. Aku selaku AJK yg terlibat telah memberi komitmen yang sepenuhnya. Hehe. Bajet puji diri sendiri. Takdelah. Aku actually AJK last minit sebab kawan aku Azlin, handle bahagia poster. So, dia perlukan lagi ajk bawah dia untuk handle berkenaan poster masa kat TTC nanti. Sebab tu la aku terlibat sekali. Selain aku menolong Azlin berkenaan poster peserta, aku jugak selaku ajk yang meng"handle" kuiz sains untuk budak2 sekolah yang datang. Kalut jugak la. Nasib baik ada 3 kali @ 3 sesi sahaja. 

Penat badan, otak pon rasa penat jugak. Dah tak tau nak tulis apa. Tengok ajelah gamba aku yang makin gemok tu. Mencik!!


 Gambar blur


 Ini la Azlin. bajet kiut lettew..haha


 1st day- tumpang posing kat booth PPPA


 Booth FTKP, Siraji kena jaga booth


 Penat kesana kesini, tumpang duduk kat booth fakulti jap


 Waktu rehat kot masa ni, boleh la aku sakan bergambar..haha


 2nd day- muka awal pagi


Bersama urusetia2 yang ada di booth.



Cepat la 4.45..aku nak balik rehat..

May 16, 2012

Mesej yang tak berbalas

" Abg..td kat jalan ibok..sedih je ada anak monyet mati tepi jalan..berdarah2..pastu ada monyet lain 2 ekor tgu dia..pegang2 dia..padahal dh mati dh..sedih :( "

Mesej aku pada en.asben pagi semalam lebih kurang pukul 9pagi.. tapi hampa betul..kecewa..dia tak balas pon mesej aku tengah sedih sebab anak monyet mati tepi jalan..dia diam je..aku pon boleh lupa yg aku tengah sedih berkabung pasal anak monyet tu..dah malam baru aku teringat en.asben tak balas mesej pagi tadi..sakit hati! sakit hati! hahaha..aku sibuk berkursus sampai lupa en.asben tak balas mesej..

kenapa eh lelaki dah tak suka mesej2 bila dah kawen...? :( *dia lagi prefer kol :P*


Kecewa seorang pendidik

Ko akan rasa kecewa tak bila apa yang ko ajar tu, student tak dapat terima, tak masuk dalam kepala otak dorang...?
Ko akan rasa kecewa tak bila ko tanya paham tak dalam kelas, dorang tak respon, ataupun jawab paham, sedangkan dorang blur tak tau tak paham..?
Ko akan rasa kecewa tak bila dah berkali2 ko ajar benda sama, tapi dorang still tak paham jugak..?
Ko akan rasa kecewa tak bila dalam test, dalam exam dorang meniru..?
Dan...
Ko akan rasa kecewa tak bila dalam final exam, dorang meniru sebijik skema jawapan ko..?

Oh..hati aku tak dapat terima kekecewaan yang aku rasa ni..
Sangat sedih bila fikir dorang sanggup menipu diri sendiri, semata2 nak grade A dalam subjek..padahal dorang tak layak dan tak sepatutnya dapat A...
Aku rasa sangat sedih dan kecewa sebab dorang sanggup meng"ayam ayam"kan aku sehingga sebegitu sekali..
Aku rasa sedih dan kecewa sangat sebab masa tanda paper final dorang, macam aku marking skema jawapan aku sendiri..


Luahan hati aku... Sebenarnya benda ni dah berlaku dalam sebulan yang lepas kot..tapi aku sibuk sangat dengan banyak benda, tak sempat nak luahkan apa yang terbuku di hati. Aku rasa kredibiliti aku sebagai seorang pendidik sangat tercabar disebabkan perkara tersebut. Apatah lagi student tersebut merupakan seorang staff kat sini jugak. Aku memang tak boleh nak pandang mata dia langsung. Cukup la aku dah malas nak ada kaitan dengan dia..


Cepat la dapat offer mengajar kat  lain. Dah bosan aku duduk sini.. T__T



Selamat hari guru

Selamat hari guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku bermulanya dari tadika *sila baca PASTI sbb aku sekolah PASTI masa tadika* , sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya lecturer2 yang mengajar sepanjang aku menuntut ilmu. Dan tak lupa jugak pada kawan2 yang menjadi cikgu, selamat hari guru espeacially CIKGU PIJAH, CIKGU JAH, CIKGU QIN, CIKGU NINI, CIKGU RAJA, CIKGU MEZI, CIKGU ZURA, CIKGU QIOS, CIKGU NOLI, CIKGU BAY, CIKGU SUE, CIKGU FARIH, eh...ramai lagi la kawan2 aku jadi cikgu..terutamanya kawan sekolah menengah..majoriti kot jadi cikgu. Mulia sungguh mereka kan. :)

Teringat pulak aku kenangan dengan cikgu masa sekolah rendah. Aku kan sekolah rendah kat kampung je. Boleh dikira sekolah luar bandar la jugak. So setiap darjah ada satu kelas je. Bayangkan betapa sikit budak sekolah kat situ. Kompem cikgu kenal dengan mak ayah sekali. 

Teringat kat CIKGU JOHAN, dia ajar subjek Alam dan Manusia *see, aku dah tua kan sebab zaman sekarang mana wujud subjek tu dah T__T*  Pernah sekali tu masa darjah 4 aku tak siap kerja sekolah ke sebab tak dapat jawab ke apa ntah, tapi aku rasa tak siap kerja kot. So cikgu suruh berdiri ATAS kerusi. Bukan aku je tapi ramai jugak la..aku rasa hampir separuh kelas kot. Pastu cikgu datang ronda dari sorang ke sorang tengok buat sampai mana. Aku memang tak buat langsung sebab tak reti. Aku tengok cikgu pulas kecik2 kat perut kawan2 lain sebagai hadiah. Alamak, berdebar tunggu turn cikgu datang kat aku. Turn aku dengan reda bagi perut kat cikgu, eh, tak selak baju pon tau. Cikgu cubit dengan baju2 sekali. Sakit woo..Budak laki lagi la cikgu cubit kat kulit kot. tapi masa tu memang tau itu cubit tu adalah sebuah hukuman sebab tak siap kerja sekolah. Memang takde dendam pon dengan cikgu Johan tu, lagi kamceng ada la. Tapi zaman sekarang, budak2 memang sikit2 mengadu kat mak bapak. Pastu kecoh mak bapak datang sekolah. Aku bosan betul dengan mak bapak macam ni. 

Pastu aku teringat kenangan dengan arwah CIKGU ARIFIN masa sekolah menengah. Cikgu  Ripin ngajar subjek sains form 1, 2 & 3. Cikgu ni cakap macam skema sikit, menggunakan bm ayat penuh. Dalam lab memang fokus la subjek sains. Masa form 3 kan hormon tengah nak up, tengah galok kan. Kami suka la minat2 senior form 4, form 5. Sekadar minat jela. Nak dijadikan cerita, aku dan kawan aku NINI, eh..dah jadi CIKGU NINI sekarang ye..duduk satu meja dalam lab, meja belakang tepi sekali, dekat dengan pintu belakang lab. 

Kebetulan ada senior yang Nini minat lalu, aku pon btau la nini.." Nini, Salman ko lalu..cepat la tengok.." hahaha..Nini punya la minat kat sorang abg senior ni sebab muka dia macam Salman Khan sikit. Puii..Salman Khan konon...haha..lepas tu kami dah bisik2 galok2 suka2 dlam lab, eh, nak gelak2 tak boleh sangat sebab cikgu tengah mengajar kat depan. So Nini nak tengok jugak Salman dia lalu, lalu dia amek cermin muka bulat kecik yg memang ada dalam pencil case, dia letak cermin kat tapak tangan. So, dia boleh tengok kat luar sape2 yang lalu la. Kebetulan aku pun terintai2 jugak kat tangan nini nak tengok cermin nampak ke tak Salman, tangan Nini yg ada cermin tu makin tinggi la dia angkat, pastu kami senyum2 sengih2..

Sekali aku dengar cikgu sound "JANGAN SENYUM BILA MELIHAT TAPAK TANGAN" Secara otometiknya Nini letak tangan kat bawah, kami sedar yg cikgu tengah perhatikan gelagat kami. Malu2..haha..Malu satu kelas. Over kan..terus behave. Tapi aku still tak dapat terima yang cikgu sound kuat2 dengan ayat skema gtu. Terus gelak slow2 dengan Nini..Dan aku tak ingat langsung cikgu tengah ngajar topik apa la hari tu...hahaha..Tapi sedih la sebab cikgu ripin dah meninggal bape tahun lepas ntah, teacher bagitau sakit apa aku lupa. Cikgu sampai saat dia meninggal pon dia tak kawen lagi. Alfatihah.

Banyak la kenangan dengan cikgu, kenangan sekolah..sebab aku ni bukan la budak baik sangat kat sekolah. Selalu jugak buat kerja nakal2, buat benda bodoh2..huhu..

Terima kasih pada cikgu2 yang mengajar aku selama ni. Tanpa cikgu2 tersebut, maka tidaklah aku berada pada tahap sekatang ini. *bunga baik punya ayat*








May 15, 2012

Saya ada passport..Awk ada..?



Kalo korang nak tau kan..nak masuk satu tempat ni kat dalam kawasan kuala terengganu, perlu menggunakan passport jugak. Kalo takde passport kira ko takleh masuk. Ngengada betul la tempat tu. Penat je aku g wat passport.


Ni la rupanya passport tu.


Passport nak masuk Taman Tamadun Islam la.. :P


 Siap kena cop lagi masa nak masuk dan keluar.

Sebenarnya sabtu last week kenduri sambut menantu sepupu kami kat Padang Midin. So dah alang2 mak abah dah ada kat kuala terengganu, kami bawak la berjalan ke Taman Tamadun Islam, dekat je dengan rumah kenduri. En.asben pon tak pernah masuk lagi, so aku la jadi tourist guide..Eleh..Padahal tourist guide pon tak reti gak...hiks.

Eh, nak cite pasal kenduri sambut menantu kat belah terengganu jap. Adat kat belah sini, kalo kenduri sambut menantu, orang kampung memang datang jumpa menantu dan bagi duit. So, keluarga belah kedah macam : Oooo memang macam ni eh.. aku jawab: Ha'ah..memang pon. so menantu yang dapat banyak duit..kaya jap sepupu aku..hehe
 

 Paling kiri dan kanan adalah adik beradik tapi macam dah macam kembar.


 Masa ni kaklang, yang paling kanan tu, suruh anak dara dia yang amekkan gamba. tu yang jauh sikit..hehe

 
Ok..berbalik kepada cerita passport tadi.
 
Taman Tamadun Islam ni terletak di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu.
Entrance fee for Monument Park:
Adult: rm15
Senior citizen: rm8
Children ( Age 7-12 years): rm8
Children (Age 6 and below): free
 
Ada jugak river cruise.Mula2 kami ingta nak amek package sekali dengan river cruise. tapi sebab kami datang tu dah petang dalam pukul 4 lebih, bila la nak ber"cruise" lagi sebab nak pusing momunent dalam tu lagi, terus tak jadi.
Ticket fee for  river cruise:
Adult: rm10
Children ( Age 7-12 years): rm10
Children ( Age 4-6 years): rm5
Children (Age 4 and below): free
 
Kalo korang nak tau lagi detail pasal river cruise dan taman tamadun islam ni, please check this out . Tak kuasa aku nak tulis panjang2 pasal ni.

Kat dalam Monument Park tu, kita boleh pilih nak ronda naik apa, samada basikal, buggy car ataupun train. eh, nak berjalan pon boleh, tapi ko akan berpeluh sampai ke kaki la..hahaha


 abah dan mak. Oh..passport kaler biru yang mak pegang tu adalah untuk senior citizen dan children.


 kami =)


 Yang ni tak salah aku replika masjid kat jawa Tengah kot.

Actually banyak gamba monumen yang aku tak sempat nak amek. laju gak la dengan gerak2 goyang2 lagi kan. Tak kuasa dah. Ada beberapa tempat yang tren tu akan stop dan ko boleh masuk tempat tu. Contohnya macam kat Taj Mahal. Kemain dah sampai India. hahaha. Kat atas tu ada replika taj mahal dan bawah tu tempat pameran dan video. Masa tayangan video tu aku dah lena2 dan sebab macam tengok wayang je kan. tambah pulak penat. bila habis tayangan, lampu bukak, mata aku pon merah2. batu bangun tido maa..

 
 Taj mahal. Aku amek gamba curik2..tehee


 Yang ni pulak kat dalam kubah As-Sakhrah, baitul Muqqaddis, Palestin. Jauh mak abah jalan :P


 Agak musykil aku camne en.asben boleh muat dalam ni... :P sayang, ilusm






 rindu dia T__T

Dah penat meronda dalam monument park tu, wajib lah singgah ke masjid kristal. Mak dan abah nak sembahyang asar, aku dan en.asben dah siap jamak kat homestay. So sementara tunggu mak abah semayang, kami bergambar sakan la. 


 my bebear


 macam poskad je aku tengok gamba ni


 mama..mama..





Mak abah yang romantik



 Sakan


 Jeles. so aku menyibuk tengah2 mereka..haha



 Masa untuk pulang kemaman.





Apa masalah awk ni..hahaha :P