Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 16, 2012

Selamat hari guru

Selamat hari guru kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku bermulanya dari tadika *sila baca PASTI sbb aku sekolah PASTI masa tadika* , sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya lecturer2 yang mengajar sepanjang aku menuntut ilmu. Dan tak lupa jugak pada kawan2 yang menjadi cikgu, selamat hari guru espeacially CIKGU PIJAH, CIKGU JAH, CIKGU QIN, CIKGU NINI, CIKGU RAJA, CIKGU MEZI, CIKGU ZURA, CIKGU QIOS, CIKGU NOLI, CIKGU BAY, CIKGU SUE, CIKGU FARIH, eh...ramai lagi la kawan2 aku jadi cikgu..terutamanya kawan sekolah menengah..majoriti kot jadi cikgu. Mulia sungguh mereka kan. :)

Teringat pulak aku kenangan dengan cikgu masa sekolah rendah. Aku kan sekolah rendah kat kampung je. Boleh dikira sekolah luar bandar la jugak. So setiap darjah ada satu kelas je. Bayangkan betapa sikit budak sekolah kat situ. Kompem cikgu kenal dengan mak ayah sekali. 

Teringat kat CIKGU JOHAN, dia ajar subjek Alam dan Manusia *see, aku dah tua kan sebab zaman sekarang mana wujud subjek tu dah T__T*  Pernah sekali tu masa darjah 4 aku tak siap kerja sekolah ke sebab tak dapat jawab ke apa ntah, tapi aku rasa tak siap kerja kot. So cikgu suruh berdiri ATAS kerusi. Bukan aku je tapi ramai jugak la..aku rasa hampir separuh kelas kot. Pastu cikgu datang ronda dari sorang ke sorang tengok buat sampai mana. Aku memang tak buat langsung sebab tak reti. Aku tengok cikgu pulas kecik2 kat perut kawan2 lain sebagai hadiah. Alamak, berdebar tunggu turn cikgu datang kat aku. Turn aku dengan reda bagi perut kat cikgu, eh, tak selak baju pon tau. Cikgu cubit dengan baju2 sekali. Sakit woo..Budak laki lagi la cikgu cubit kat kulit kot. tapi masa tu memang tau itu cubit tu adalah sebuah hukuman sebab tak siap kerja sekolah. Memang takde dendam pon dengan cikgu Johan tu, lagi kamceng ada la. Tapi zaman sekarang, budak2 memang sikit2 mengadu kat mak bapak. Pastu kecoh mak bapak datang sekolah. Aku bosan betul dengan mak bapak macam ni. 

Pastu aku teringat kenangan dengan arwah CIKGU ARIFIN masa sekolah menengah. Cikgu  Ripin ngajar subjek sains form 1, 2 & 3. Cikgu ni cakap macam skema sikit, menggunakan bm ayat penuh. Dalam lab memang fokus la subjek sains. Masa form 3 kan hormon tengah nak up, tengah galok kan. Kami suka la minat2 senior form 4, form 5. Sekadar minat jela. Nak dijadikan cerita, aku dan kawan aku NINI, eh..dah jadi CIKGU NINI sekarang ye..duduk satu meja dalam lab, meja belakang tepi sekali, dekat dengan pintu belakang lab. 

Kebetulan ada senior yang Nini minat lalu, aku pon btau la nini.." Nini, Salman ko lalu..cepat la tengok.." hahaha..Nini punya la minat kat sorang abg senior ni sebab muka dia macam Salman Khan sikit. Puii..Salman Khan konon...haha..lepas tu kami dah bisik2 galok2 suka2 dlam lab, eh, nak gelak2 tak boleh sangat sebab cikgu tengah mengajar kat depan. So Nini nak tengok jugak Salman dia lalu, lalu dia amek cermin muka bulat kecik yg memang ada dalam pencil case, dia letak cermin kat tapak tangan. So, dia boleh tengok kat luar sape2 yang lalu la. Kebetulan aku pun terintai2 jugak kat tangan nini nak tengok cermin nampak ke tak Salman, tangan Nini yg ada cermin tu makin tinggi la dia angkat, pastu kami senyum2 sengih2..

Sekali aku dengar cikgu sound "JANGAN SENYUM BILA MELIHAT TAPAK TANGAN" Secara otometiknya Nini letak tangan kat bawah, kami sedar yg cikgu tengah perhatikan gelagat kami. Malu2..haha..Malu satu kelas. Over kan..terus behave. Tapi aku still tak dapat terima yang cikgu sound kuat2 dengan ayat skema gtu. Terus gelak slow2 dengan Nini..Dan aku tak ingat langsung cikgu tengah ngajar topik apa la hari tu...hahaha..Tapi sedih la sebab cikgu ripin dah meninggal bape tahun lepas ntah, teacher bagitau sakit apa aku lupa. Cikgu sampai saat dia meninggal pon dia tak kawen lagi. Alfatihah.

Banyak la kenangan dengan cikgu, kenangan sekolah..sebab aku ni bukan la budak baik sangat kat sekolah. Selalu jugak buat kerja nakal2, buat benda bodoh2..huhu..

Terima kasih pada cikgu2 yang mengajar aku selama ni. Tanpa cikgu2 tersebut, maka tidaklah aku berada pada tahap sekatang ini. *bunga baik punya ayat*








4 comments:

Teacher Hafizah said...

''jangan senyum sambil menekan papan kekunci''

skema tak? skema tak?

selamat hari guru :)

ctZue said...

saya dah tersenyum2 sambil menekan papan kekunci..hehe..
selamat hari guru syg.. :P

Anonymous said...

mek.aku ade skali mase tu tau

ctZue said...

ni ina eh..hehe..kita duk satu meja kan sekali..