Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

May 21, 2012

Welcoming Rejab

Dalam tak sedar, esok dah masuk 1 Rejab 1433H. Cepat betul masa berlalu. Itu pun aku sedar esok 1 rejab bila kawan aku hantar sms yang dia tulis.." esok 1rejab, pose..." mungkin maksudnya mengajak aku berpuasa bersama. Owh..betul jugak, memandangkan en.asben tiada di rumah, maka bolehlah aku berpuasa sunat kerana sekiranya en.asben ada di rumah, maka wajiblah atas aku untuk meminta keizinan beliau untuk berpuasa sunat tersebut.. Sayang, kita puasa tau esok..nanti sayang balik kita puasa sama2 ye...eh..silap, kita tak puasa tau .. :P

Antara kelebihan bulan rejab yang aku dapati dari dakwah islam :


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Maka kawan2 adalah diberi pilihan untuk berpuasa berapa hari di bulan rejab yang mulia ini demi merebut ganjaran yang bakal diperolei di akhirat kelak.

Semoga aku mendapat kekuatan untuk berpuasa rejab. Aku maksudkan kekuatan di sini adalah dari segi kekuatan menahan nafsu makan yang best2 setiap kali opismate ajak pergi makan. huhuhu.. Lagi pun puasa nazar aku ada 2 hari lagi yang tertangguh. Boleh lah aku langsaikan hutang dengan Allah.

Di samping itu dengan berpuasa ini, semoga aku mendapat kembali figure badan aku yang dulu memandangkan sekarang ini badan aku sangat gojes dipam2 dan membulat kuasa 3. Semoga aku berjaya mencapai misi diet ini yang mana otak aku dah cakap mustahil!  Uwaaaa.....




2 comments:

Itri Zabidi said...

tengs for the info sista !! <3

ctZue said...

u re most welcome