Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

February 25, 2011

Shopping secara berhemah

Tajuk cakap hemah, tapi maksud adalah disebaliknya ok..hahaha


Malam ni rasa macam nak senyum je sepanjang malam. Ni kes aku dapat beli beberapa barang yang aku dah planned nakbeli dan barang yang terbeli dengan tak sengaja. Mana tak happy kan, dapat 4 barang baru. Hehe.


Tadaa..

Dari kiri belakang: hand&body lotion, eyeliner, lip gloss dan clensing wipe


Inilah barang2 yang buat aku rasa nak senyum je. Petang tadi aku dan mummy g jalan2 ke Guardian. Memang niat nak beli eyeliner sebab eyeliner Avon yang aku guna dah tinggal sikit je lagi. Takut kang tenyeh punya tenyeh tak sedar tetiba mata dah darah..haha. Eyeliner yang aku guna tu jenis yang pulas2 mata. Best tu best tapi sebab macam dah bosan guna. Tetiba tadi rasa nak beli yang pensel punya sebab mata mata dia tebal sikit. Boleh aku buat mata jadi lagi galak lepas ni. :P So, tadi dah usha2, berkenan la dekat eyeliner IN2IT waterproof gel liner, color : very black. Puas hati sebab dapat sekali dengan sharpener. Takdela aku sibuk2 nak cari sharpener kalo mata dia dah tumpul. Bila aku try masa kat rumah, memang sangat best! Rasa macam boleh goda sesiapa yang tengok aku. Haha. Coi giler!!

Disebabkan aku dah beli waterproof punya eyeliner, so untuk memudahkan aku solat, aku beli sekali cleansing wipe brand SIMPLE. Senang aku nak tanggalkan eyeliner tu di samping muka rasa segar dan fresh giler. Tadi aku tengok kat rak tadi ada 3 jenis. Yang aku amek ni jenis clear skin oil balancing, boleh hilangkan minyak2 di muka sekali kan. Licin je muka lepas guna wipe ni. Tak rugi aku beli.

Lepas tu aku ternampak la pulak lip gloss SILKYGIRL. Dia ibarat memanggil2 aku dengan jerit “BUY ME..BUY ME..” lepas cuba dibibir, rasa macam cantik la pulak. Tetiba rasa dah jadi macam bibir seksi giler Angelina Jolie, sebab lip gloss ni jenis moisture max. Memang moist sangat. Ok la wahai lip gloss. Sebab ko dah buat aku rasa macam cantik je bila pakai ko kan, lagipun ko dah goda2 aku, so aku beli la ko ye..bukan satu aku beli, tapi dua..hehe. hadiah untuk mak aku satu.

Lepas tu mak aku ajak masuk COSWAY punya kedai kat seberang jalan sana. Tujuan ma nak beli compact powder, last2 dengan aku sekali dapat hand & body lotion, ma belanja. Fleur EXOTIC, bau floral bukan fauna, syok!! Lepas ni kalo tak pakai perfume pun takpe. Ni yang syok ni jalan2 dengan mak kan. :P

Puas sangat dapat 4 barang baru. Rasa macam tak sabar je nak g kerja Ahad ni. Nak melaram. Keh3. Melaram la sangat kan.



February 23, 2011

Aku selalu je rasa....

Sejak masuk kerja semula, entah kenapa aku rasa macam selalu sangat di-anak-tirikan kat sini. Asal nama aku je, mesti tersisih. Mentang2 aku ni orang baru xcukup pengalaman kerja kat sini lagi kot, dorang boleh suka2 nak buat aku macam ni. Banyak la kes yang aku kena dan rasa. Sampaikan aku pernah sound staff kat HR : saya ni memang selalu di-anak-tirikan kan?

Bengang gak aku. Hari ni pon sama. Kena lagi. Tapi fine. Buat la lagi. Buat la lagi.


Mood: tengah tak puas hati ni.

February 22, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Aku nak kongsi satu artikel yang di tulis oleh Hj. Abdul Samad..Aku jumpa kat facebook. Lepas baca ni semalam, terus aku terpikir…Emm…Ooooo…


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

P/s: En.tunang, awk rasa berapa perkara dengan kita? :P

February 21, 2011

Cutey Little Driver



Galak benar budak tecik ni tiap kali dapat pegang steering kereta. Aku la ni ajar dia masa duduk sana dulu. Bila time mak dia xdapat hantar dia atau amek dia dari rumah pengasuh, aku la g jemput dia. Kereta aku kan auto, so aku saje je dirikan dia kat depan steering. Tak sangka pulak dia suka sangat bila dapat pusing2 steering tu. Hahahaha. Dan sekarang setiap kali naik kereta, mesti dia macam terliur je nak duduk kat driver seat. Nasib la mak bapak dia. Jenuh nak layan Ceerah naik kereta nanti. :P


Ceerah with mummy..mummy seksi..auwwww..hahaha

Ish..rindu giler kat budak tecik ni.. Mak aku cerita, dia sekarang dah pandai nyanyi sorang2..Cute giler..Bila eh nak turun sana..??



Gadis racing..Cool?

Sape yang jadi gadis racing ni? Wah..aku memang tak la kan. Hahaha. I tak cukup keseksian maa..boleh seksa orang tengok body I yang kureng nih..Keh3..

Sebenarnya pagi tadi masa nak g breakfast aku naik kereta kawan aku yang dah di”modified”kan untuk racing. Ni 1st time aku naik kereta dia kot. Kereta dia ni jenis yang ekzos bunyi bising 5 batu pun dah tau dia datang. Hahaha. Memang dah dilengkapi dengan turbo bagai. Kat dashboard tu ada 5 atau 6 meter yang masing2 gunanya untuk tunjuk temperature engine, pressure ape lagi entah aku dah lupa dah. So memang sangat jakun kagum bila aku dapat naik kereta macam ni..Hahaha

Kami pergi breakfast berempat. Of coz la kami2 yang perempuan ni duduk di belakang kan. So, bila kawan aku ni tunjuk aksi dia tadi kat jalanraya, mak ai..bestnye..hahaha.. aku suka la. Tapi kesian la kat kawan perempuan aku sorang lagi tu, Umi.. dia dah jerit2 takut..Hehehe. Sebenarnya dalam hati aku takut gak sebab fikir tak kawen lagi, kang kalo tetibe tereksiden macam mana..Hehehe.

But, I trust u Sibo..U r the real racer! Tetibe..Hahahaha.. Lain kali nak racing tu, ajak2 la aku ye Sibo..biar aku jadi gadis racing ko ye..Haha..Memang terus kalah la nampaknya.

Luka lama berdarah kembali

Semalam hati aku kembali terguris. Aku terjumpa dengan dia. Dulu aku pernah curah kasih sayang kepada dia. Tapi atas sebab yang tertentu, aku terpaksa melupakan dia. Mak aku bagi kata putus antara dia atau mak. Aku terpaksa pilih mak aku sebab mak yang melahirkan aku. Sungguh semalam aku rasa ibarat luka lama berdarah kembali. Aku tak dapat menafikan kasih sayang aku pada dia. Rasa nak menitik je air mata semalam.

Oshin, angah rindu Oshin.. T__T

Giler ah. Petang semalam balik kerja, mak aku ajak g pasar Binjai. Elok je keluar kereta lepas parking, mak aku panggil aku. Rupanya mak aku nampak kelibat Oshin. Ya. Oshin adalah seekor kucing. Aku pernah bela Oshin. Tapi sebab mak aku tak tahan dengan banyak sangat kucing kat rumah, mak aku amek keputusan untuk buang Oshin, Comel (mak Oshin) dan Yuya (adik Oshin). Tapi mak aku buang kat kawasan pasar sebab kat sana bayak makanan terutamanya ikan.

Selama ni puas gak mak aku duk melilau cari kelibat dorang bertiga setiap kali datang pasar Binjai. Sebenarnya mak aku tak sanggup gak nak buang mereka. Tapi sebab dah tak tahan, tu yang g buang jugak. Petang semalam boleh pulak terjumpa Oshin melintas. Tapi kelibat Comel dan Yuya aku tak nampak pulak. Puas jugak duk pusing kiri kanan. Sangat sedih ok. Bila aku panggil nama dia, terus dia pandang aku. Touching giler. Oshin mengiau2 lapar. Aku rasa macam dan2 tu jugak nak angkut Oshin masuk dalam kereta. Tapi apakan daya. So, aku terus g tempat pasar basah, untuk beli ikan 2 ekor untuk Oshin. Tapi abg jual ikan tu tak tau nak charge berapa. So, dia bagi free je. Baik kan? Hehe. Terus aku patah balik cari Oshin. Aku tengok dia duk mengadap jalan raya, tengok kerata lalu lalang, mengenang nasib lapar kot. Bila aku panggil je nama dia, terus dia berlari datang kat aku. Aku bagi ikan, dia makan dengan rakus sekali. Kesian dia. Kenapa la ornag pasar tak bagi dia makan ye. Tak rugi pun bagi makan kat binatang. Bukannya boleh bangkrap sebab sedekah seekor ikan kan. Huhu. Tapi aku rasa lega sebab dapat bagi makan kat Oshin.

Oshin dear, duduk sana elok2 tau. Pandai2 cari makanan tau. G mintak ikan dengan tokey ikan ok. Macam mana la dengan nasib Comel dan Yuya.

Ni antara koleksi gambar2 mereka yang ada dalam simpanan aku. Video pun ada tapi malas nak upload.

Ni Oshin ketika kecil. Cute gile sebab muka sebelah kaler lain2.

Tapi bila dah besar, dia tak berapa cute. Pulak tu time tengah pregnant, asyik garang jer. Tak suka orang dukung.

Ni mak kepada Oshin n Yuya, nama Comel..

Sebenarnya Comel ni datang ke rumah kami secara tiba2 dan terus melekat kami bela sampai la dia beranak pinak. Mau tak beranak pinak, sebab kat umah kami je ada kucing betina. Kucing jantan keliling rumah okeh.Giler jadi pujaan kucing kami ni. Sampaikan adik aku duk kurung kucing2 ni tak nak bagi keluar g jumpa jantan2 gatal. Hahaha..


Ni pulak adik si Oshin, nama Yuya.

Masa Yuya kecik, dia la paling lawak dan nakal sekali. Ada ke patut dia tak reti nak berjalan slow2, tapi dia pandai buat sprint test. Mula2 jalan sket pastu terus lari.. Haha..Mongok giler. Tapi bila dah besar, mak ai..cantik dia ni. Menggoda betul..Masa dia tak reti lagi nak mengorat kan, kalau jantan ada datang dekat dia atau duk mengorat dia, terus dia marah2 dan terus lari masuk dalam rumah. Tapi sejak dah pandai menggatal, siap duk buat aksi2 ayu menggoda goyang2 ekor je bila jantan lalu. Manyak gatai. Keh3..

Dan disebabkan kucing2 ni semua betina la mak aku tekad nak buang. Mane leh tahan kalau dah asyik pregnant je kan. Lepas seekor sekor jantan duk panggil. Giler bohsia betul la mereka ni. :P

Tak boleh tahan la bila dah start sayang mereka ni. Sampaikan aku menangis bila abang kepada Oshin, Chiro mati sebab sakit. Huhuhu. Sumpah sedih masa tu. Adik aku yang bongsu tak tau yang Chiro mati pagi pukul 4 lebih begitu. So bila dia bangun tido pagi tu nak mandi g sekolah, baru la kami inform dia. Kesian dia, meraung2 kat tepi kubur Chiro pagi tu. Bengkak mata g sekolah. Aku g kerja, cerita kat kawan opis kucing mati, terus otometik aku nangis. Mongok kan..Hahahaha.



February 18, 2011

Main masak masak

Percaya tak aku masak hari ni? Hehe. Mak aku kan masih berada di KL lagi, so boleh la aku tunjuk hebat masak depan adik lelaki aku. Haha. Mengong. Kalau ada mak aku, takde maknanya nak berlagak macam ni. Buat malu je. Sebab sekali chef komplen, terus sentap kang.

Menu hari ni adalah ayam masak black pepper dengan Brokkoli udang.

Eh, lupa nak inform, hari ni aku gigih betul masak setelah penat berjogging. Percaya lagi sekali tak? Hello..aku jogging okeh pagi tadi. Dah lama tak berpeluh macam pagi tadi. Rasa sihat je. Tapi aku rasa peluh2 aku pagi tadi macam sia2 je sebab lepas jogging je terus aku g breakfast kat pasar. Haha. Sebelum shopping, harus lah isi tank dulu kan. Hehe.

Lepas beli apa2 yang patut, balik umah terus bersemangat bersihkan ayam udang bagai. Takut kang bila dah rehat2 penat nanti terus malas nak masak. Thanks to my sis, along for the yummy recipe! Ayam masak black pepper sangat senang nak buat.

Setelah rehat2 jap after bersihkan ayam udang, turn aku pulak membersihkan diri sendiri. Pastu terus start masuk dapur dalam pukul 12.30 gitu. Sebelum adik aku g semayang jumaat, dia duk hairan dan pelik kakak dia masak hari ni. Haha. Kurang ajaq noo..I tak nak tunjuk skill je tau.

Ini lah hasilnya..

Black pepper chicken

Broccoli and cauliflower with prawn


Sedia untuk di makan


Tak sabar nak makan sebab lapar weh. Aku tak paham betul la perut ku yang comel ni. Pagi tadi dah breakfast pun still lapar2 gak macam tak makan pagi. Kejam kan perut aku..Adik aku balik dari masjid je terus kami mulakan sesi lunch. Haru aku dengar adik aku cakap sebelum makan:

“Lama tak tengok Angah masak kan..” T__T *aku sedar aku tak rajin sangat masuk dapur*

“Sedap..” *ayat bodek ke hape..*

“Macam chef..kalah ma..” *penipu*

hahaha..ayat last ni sah2 la aku tipu..sebab adik aku takde la sampai rabun kan sampai takleh beza masakan ala chef mak aku..

Bila masak untuk orang ni, buat aku rasa bersemangat lagi nak masak untuk seterusnya. Aku rasa macam nak masak la every weekend., tu pun kalau tak g merayap memana la kan. Ni yang terus rasa nak kawen sekarang. Nak masak untuk suami. Hehe.


P/s: En.tunang, awak wajib tau makan apa yang kita masak. Walaupun tak sedap. Nasib la awak ye. Kalau awak tak makan, kita sentap. Muahaha. aci tak main paksa2

February 16, 2011

Cerita semalam

Semalam cuti Maulidur Rasul. So hari cuti. Ingat nak g berarak. Ceh, boleh caye ke?? Hahaha. Pagi2 pukul 10 aku g tempah baju sanding dan nikah. Risau je. Sebab takut tak muat nanti. Tak muat sebab badan dah mengembang. Hopefully tak kot.

Lepas tu aku dan kawan sekerja dan 2-org-student-menyelit-gak keluar g main bowling. Lama siot tak main. Memang kalah besar la aku. Hahaha. Dah lawan dengan lelaki kan. Kami main 2 game. 2-2 game pon aku loser. Hahaha. Sakit tangan weh. Dan lagi sakit hati sebab asyik masuk longkang je. Hampeh betul kan.


Aku yang serba hijau sampai bola pon kaler hijau.



Tengok aku last. Haha. Tapi ni gamba untuk 2nd game. 1st game aku lupa nak amek. Sebenarnya saje buat2 lupa sebab sakit hati tengok dorang punya mata semua melampau2 banyak. Keji kan dorang. Saje je biarkan aku malu sorang2. Haha. Disebabkan main 2 game, so game yang kedua ni semua pun cam dah tak larat. Emm..Semangat tu cam dah berkurangan la. Aku main sampai sakit siot tangan aku pagi ni. Terasa tegang je urat kat lengan. Hahaha. Bersungguh giler main sampai sakit2. Nampak sangat tak pro.

Tetiba aku cam dah malas nak cerita pasal bowling ni. Semangat nak cerita dah terbang ke mana ntah.

Eh, bengang la tetiba. Ok lah. Bye.

February 14, 2011

Takde kerja

Tadi tengah hari tak boleh blah betul la aku msg2 dgn En.tunang dalam bahasa kelantan. Sumpah aku gelak dulu sebelum taip..hahaha..


En.Tunang: Abe saye demo..jange lupo g make..
Tunang dia: Aye pon saye abe jugok..ok lah abe weh..aye nok g make ni..
En. Tunang: Make sapa buncit deh..
Tunang dia: Ai ai capt abe..hahahaha..


Mongok kan kami.. :P

Aku tak paham nape la tunang aku sengal cam gini..Eh lupa..aku pon sengal dowh...hahaha..
Abe..I LOVE U Abe..

Beliau pergi lagi.. :(

Pagi tadi pukul 3 pagi aku bangun salam2 mak aku. Mak aku pergi KL lagi, pagi2 sebelum subuh dah gerak skali ngn abah aku..Huhu.. Sedih..Rasa sayu je pagi tadi time salam..Manja kan aku.. :P

Mak aku pergi sana lagi sebab nak tengok makcik aku, adik abah baru je bersalin baby gurl kat putrajaya. Alang2 terus pergi umah kakak aku kat bukit mahkota tengok cucu tecik-nonet-yang-manja-kededek..hahaha

Ma balik cepat sikit tau. Sape nak tengok2 Angah kat umah ni. Takkan nak harap kat budak 2 org kat bawah ni...?? Dorang yang buli aku ada la..huhuhu




Mereka lah adik2 aku yang ada kat umah sekarang. Aku selalu je jadi mangsa buli..Haihh.. Aku tau la aku pendek kan. Huhuhuhu.. Yang kat atas tu adik 2nd last, nama Zaim. Yang bawah tu adik bongsu, nama Amy..

Walaupun mereka suka buli aku, aku kan kakak!! Haruslah ada kuasa veto sebagai kakak kan..kan..

Ma..cepat balik tau..hehehe


Nota kaki: Kenapa sume gambar budak2 ni ada muka acik..?? tak paham aku..hahaha..padan muka kena kerat.. :P

February 13, 2011

Hantu Kak Limah dalam Klas??

Hahahahahah...
Aku nak gelak dulu. Tak boleh blah langsung!
Ni semua pengaruh cerita betul la student2 aku nih. Haru betul mengajar budak2 degree. Disebabkan faktor umur yang dah boleh jadi rakan sebaya, tapi ofcoz la aku lagi tua dari mereka2 semua. Aku anggap mereka2 cam ajar adik2 aku je bila masuk klas. Klas pagi tadi memang macam mencabar pemahaman mereka sikit la. So aku seboleh2 nya memang nak bagi dorang paham apa yang aku ajar hari ni sebab aku akan tanya dalam test next week.

So bila tengok dorang dah paham dah, aku bagi exercise suruh dorang buat dan selesaikan sendiri. Aku bagi masa dalam 5 minit macam tu, suruh dorang selesaikan. Agak2 dorang dah ok, aku tanya la boleh ke tak kan..Tetiba ada suara kat depan aku yang jawab:

" kita bakar je.."

Aku pandang budak tu, dia cakap lagi, " bakar je.." Aku dah tak boleh tahan.. Tanpa tahan2 lagi aku terus

"hahahahahahahahahahahahaha..."

Giler aku gelak yang hamat tadi dalam kelas. Mongok kan! Mane boleh nak tahan kalau dorang main buat lawak Usop dalam citer Hantu Kak Limah Blaik Umah..Nasib dia tak buat gaya tangan melintuk liuk si Usop tu..hahahaha..Malu je aku gelak tak hengat. Hahaha..
Pastu tadi bila dah last2 klas aku edar la borang kaji selidik prestasi mengajar kat student klas ni kan. Dorang tanya la nama penuh aku sebab nak isi nama lecturer yang mengajar. Elok je aku bgtau

"nama saya Siti zuraifah bt m....."

tak sempat nak btau abes nama penuh aku, terus budak2 kat belakang sampuk

"husin...husin..." dengan gaya suara si abi hurairah ngn usop nak takut2kan si husin..

mana aku tak sakit jiwa..??? hahahaha..Aku duk gelak lagi. Siot betul la dorang kan. Suka je nak main2 berlakon konon kat dalam Kg.Pisang tu..Sumpah aku tak boleh tahan dgn lawak dorang ni..hahahaha

Lepas ni aku kena pakai bedak-putih2-kat-muka-makeup-mata-kasi-lebam2 ke? Kata Hantu Kak Limah..hahahaha

Pantun 4 setengah kerat

Makan nasi dengan ulam,

pergi kelas awal2,

pensyarah yang baik,

lagi cute miut,

.

.

.

.

.

.

Terbaikkkk!!!!


Ko tengok la student aku siap bagi pantun bagai lagi.. Ni semua gara2 aku bagi borang kaji selidik suruh diorang isi. Cam borang penilaian mengajar la kan. Setiap akhir sem kena bagi. Tapi sem ni awal gila HEA suruh isi. Tak paham gak aku. Aku just mengikut arahan jela kan. Hehe. Ni yang aku dapat feedback dari student diploma. Kat bawah sekali borang tu ada ruang untuk sebarang komen untuk prestasi pengajar kan. Ada ke patut sorang student aku siap karang pantun tu. Tak tahan betul aku tengok. Nak je aku tau sape yang karang pantun ni, pastu aku nak ajar cara berpantun macam mana. Tak kena langsung. Hahaha. Ni kalau masuk pertandingan berpantun, kompem tersingkir pusingan pertama. Hahahha. Aku tau, diorang nak bodek la tu cakap aku baik la, cute miut la. Coii..hahaha. . Sebarang bodek membodek tidak akan dilayan ye.

Ada jugak yang komen:

" suka marah bila masuk kelas....bila keluar kelas, dah tak ingat dah marah apa..."

Yang ni memang aku tak paham ape yang dia komen. Hahaha. Keji tak? Dia bagitau aku suka marah2 dalam kelas ke atau dia nak bagitau yang aku ni cepat lupa apa yang aku nak cakap??? Hahahaha lagi. Macam2 la kamu ni semua ye. Nasib saya sabar tau dengan kerenah kamu2 semua. Tapi memang la aku ni kuat membebel kalau dalam kelas. Aku akan marah la kalau ada student tak buat apa yang aku suruh. Pastu bila aku tanya cakap tak paham. Dah ko tak buat, camno nak paham eh..Cuba kamu dengar apa yang saya cakap, buat apa yang saya suruh, KOMPEM saya SAYANG kamu2 semua. Hiks. Eh..En.tunang jangan jeles tau. Tak kan dgn student pun nak jeles kan..?? I love u sayang :P